Tunai permintaan arwah Siti Sarah, Shuib buka musolla & dewan serbaguna

Tunai permintaan arwah Siti Sarah, Shuib buka musolla & dewan serbaguna

Selepas 8 bulan pemergian Allahyarhamah Siti Sarah, Shuib Sepahtu dilihat semakin ‘menyepi’ dalam industri hiburan dan hanya menumpukan sepenuh perhatian terhadap perniagaan serta anak-anaknya. Sekilas pandang, mungkin pelawak itu seperti kuat meneruskan kehidupan, namun jauh dari sudut hatinya tiada siapa yang tahu.

Hari ini, kali kedua datang ke Baitul Sakinah As-Shariff…kali ini datang tanpa Allahyarhamah

Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, Shuib bersama mertua serta anak-anak telah hadir dalam sebuah majlis perasmian Musolla dan dewan di Baitul Sakinah As-Shariff yang juga merupakan sebahagian hasil sumbangan bersama isteri. Menurutnya, ini merupakan lawatan kali kedua sejak Julai lalu yang ketika itu masih dalam proses pembinaan.

“Buat U Sayang” – Tepati Janji Isteri, Shuib Kongsi Pembukaan Musolla Impian

“Buat U Sayang” – Tepati Janji Isteri, Shuib Kongsi Pembukaan Musolla Impian

 

 

Kalau tak silap, Allahyarhamah nak sangat menyumbang pembinaan ini… Happy tengok orang ramai boleh guna

Selain itu, Shuib juga turut mendedahkan bahawa pembinaan Musolla ini merupakan impian isteri tercinta oleh kerana mahu menyumbang kepada kegembiraan anak yatim serta orang kampung. Namun apakan daya, Allahyarhamah tidak sempat untuk menghadiri majlis perasmian ruangan ibadat ini yang juga menggunakan namanya sebagai ‘identitas’ Musolla tersebut.

 

“Buat U Sayang” – Tepati Janji Isteri, Shuib Kongsi Pembukaan Musolla Impian

 

“Buat U Sayang” – Tepati Janji Isteri, Shuib Kongsi Pembukaan Musolla Impian

Terima kasih sayang sebab ajar daddy keindahan bersedekah… moga pahala terus mengalir buatmu

Dalam pada itu, Shuib juga turut menzahirkan rasa syukur kepada Allahyarhamah kerana banyak menyedarkan dirinya mengenai kelebihan bersedekah. Ingin terus berbakti, dia berharap agar segala amal kebaikan sentiasa mengalir kepadanya dan berjanji akan sering melawat kediaman indah berkenaan.

 

 

Kredit: Instagram Shuib Sepahtu