Tular video wanita panik naik LRT, tren bergerak laju tapi pintu tak tertutup lagi

Tular video wanita panik naik LRT, tren bergerak laju tapi pintu tak tertutup lagi

Menaiki pengangkutan awam seperti LRT, MRT dan KTM sememangnya satu inisiatif yang bagus untuk mengelak daripada kesesakan jalan raya.

Selain itu, risiko kemalangan juga agak kecil berbanding berebut-rebut dijalan raya dengan pelbagai kenderaan lebih-lebih lagi ketika waktu puncak.

Walaupun pengangkutan awam seperti itu menghadirkan risiko kemalangan yang sedikit, faktor keselamatan penumpang juga harus dijaga.

LRT tak tutup pintu

Hal ini berikutan tular di media sosial apabila seorang pengguna LRT dikenali sebagai @perksofbeingsxf memuat naik video pintu LRT tidak ditutup namun tren sudahpun bergerak laju.

Nampak wajah panik

Hal ini pastinya mencetuskan rasa panik yang tidak terhingga kerana LRT berkenaan bergerak diatas bangunan dan boleh mengundang risiko kecederaan buat penumpang.

Mujur penumpang tidak ramai di dalam tren dan pengguna tersebut juga berjaya merakam situasi panik berkenaan.

Sebelum naik tren lepas ni ingat semua details

Sehubungan dengan itu, ramai yang meninggalkan komen meminta agar pihak MyRapidKL menjelaskan insiden tersebut kerana ia sememangnya sangat bahaya untuk para penumpang.

Muat naik tersebut telah mendapat 3,000 perkongsian semula hanya dalam 2 jam posting berkenaan di Twitter.

Cuba bayang kalau ada budak2 main lari2

Nampak bahaya tu

Ada yang rasa macam scene dalam filem

Rapid KL dah respon di Twitter

Sumber: Twitter @perksofbeingsxf