Tular video susu Nilofa ‘Expired’ dibuang, netizen kata lebih baik bagi sedekah

Tular video susu Nilofa ‘Expired’ dibuang, netizen kata lebih baik bagi sedekah

Selain daripada produk inai yang pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini, Neelofa juga mempunyai perniagaan lain seperti jenama susu Nilofa. Baru-baru ini pula, tular rakaman produk minuman milik selebriti itu yang dibuang ke dalam tong sampah.

Menerusi video yang dikongsikan ini, kelihatan produk susu Nilofa perisa mangga yang berada di dalam sebuah tong sampah besar. Malah jumlah yang dibuang di dalam tong sampah itu juga dilihat sangat banyak sehinggakan penuh dengan produk susu tersebut.

Pemilik video turut meluahkan rasa hairan dan tertanya-tanya mengapakah ada yang membuang produk susu tersebut dalam kuantiti yang banyak. Namun ada yang mendakwa kemungkinan besar produk tersebut telah melepasi tarikh luput dan tidak boleh lagi dijual mahupun diminum.

 

@anakradzon

what’s going on ?? kenapa kah? mengapakah? #fypindonesia #fypmalaysia #fypageシ #fyp #fypシ #fypinfo #fypsounds #fypgakni #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #fypforyoupage #fypforyou #fypsarawak #fypviral #fypシ゚viral

♬ Oh No – Kreepa

Perkongsian video itu juga turut menerima pelbagai reaksi dari netizen di mana ada yang mempertikaikan tindakan pihak pengeluaran melakukan pembuangan besar-besaran itu. Malah ada yang mencadangkan sepatutnya pihak pengeluaran memeriksa dahulu tarikh luput produk dan memberikan secara percuma kepada orang ramai untuk mengelakkan pembaziran.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa terkejut melihat pembuangan besar-besaran produk jenama Neelofa ini. Tidak kurang juga yang mengkritik tindakan mereka yang membuang produk itu ke dalam tong sampah yang sepatutnya boleh dibendung lebih awal dengan cara yang lebih baik.

“Susu yang tamat tempoh jangan dibuang. Sebenarnya susu tamat tempoh ni boleh dibuat baja tanaman…”

susu

“Nape tak check expired, bagi je sedekah sebelum habis tarikh luput sayangnya makanan.”

neelofa

“Mungkin juga sumbangan yang dah tamat tempoh, jadi terpaksa dibuang.”

komen

“Masa belum expired boleh jual kat orang RM1 ke, untuk doorgift kahwin…”

tik tok

Sementara itu, anda boleh juga baca kisah-kisah lain yang menarik di bawah:

 

SUMBERTIK TOK