Tular video lama Nur Sajat berbaju melayu dalam ‘MV’, netizen puji kacak

Tular video lama Nur Sajat berbaju melayu dalam ‘MV’, netizen puji kacak

Baru-baru ini, viral di aplikasi TikTok mengenai sebuah hantaran oleh seorang pengguna TikTok  dikenali sebagai Farah Josni yang memaparkan klip video lagu karaoke bertajuk Keksaih Pujaan dari penyanyi Datuk Sharifah Aini.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat dua orang penari lelaki dan perempuan yang membintangi klip video tersebut.

Namun, apa yang menarik perhatian orang ramai adalah si penari lelaki yang dikatakan merupakan usahawan sensasi, Nur Sajat suatu ketika dahulu.

Makcik tengah nyanyi lagu ni.. tiba-tiba macam kenal. Abang Jat ke tu?

 

@farrrjooo

Hmmm time ni Kanda ke Dinda? Nak panggil Abang ke kakak? 🤣🤣🤣 #sajat #abgjatt #fyp #sajatlawak #sajatvideo

♬ เสียงต้นฉบับ – POCIKI | NINJA – POCIKI | NINJA

Difahamkan, ketika itu Sajat masih lagi mengenakan persalinan baju Melayu dan lengkap bersongkok bagi membintangi klip video karaoke berkenaan.

Meninjau di ruangan komen, perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya bersetuju bahawa lelaki di dalam klip itu adalah Sajat dan memuji penampilan sebenarnya kelihatan kacak berbaju Melayu.

 

SUMBER : TikTok