Tular video gadis hampir disambar petir ketika ambil pesanan pelanggan

Tular video gadis hampir disambar petir ketika ambil pesanan pelanggan

Apabila cuaca hujan secara automatik kita akan mencari tempat berteduh bukan sahaja kerana tidak ingin basah dan penglihatan juga terjejas, tetapi untuk mengelakkan risiko dipanah petir.

Terutamanya dalam musim monsun yang bukan sahaja membawa hujan lebat tetapi petir dan kilat sekali gus membahayakan keselamatan orang ramai yang berada di luar ketika hujan.

Baru-baru ini sahaja India telah melaporkan 16 individu disambar petir ketika berselfie di sebuah menara di Jaipur sementara 41 individu terkorban akibat kecelakaan yang sama di Uttar Pradesh.

3 beradik dari London yang sedang berbasikal juga disambar petir ketika berselfie awal minggu ini dan gambar yang mereka ambil menunjukkan waktu kejadian itu berlaku.

Adik-beradik tersebut dilaporkan berhenti berbasikal dan berlindung di bawah pokok untuk mengelakkan hujan lebat sebelum memutuskan untuk berselfie bersama.

Namun sedar-sedar mereka telah terbaring di atas tanah dan tidak dapat menggerakkan badan akibat dipanah petir. Mujur ketiga-tiga mereka terselamat dengan beberapa kesan melecur di badan.

Screenshot 2021-07-16 061236
Kredit foto: Isobel Jobson

Sebuah video ini pula yang telah mencuri tumpuan netizen di Twitter menunjukkan seorang pekerja barista sedang mengambil pesanan pelanggan di dalam kereta dalam cuaca hujan lebat.

Gadis barista itu bertanya beberapa kali kepada pelanggannya minuman apa yang ingin dipesan kerana tidak mendengar jawapannya di bawah deruman hujan.

Apabila kilat diiring bunyi guruh yang kuat hinggap hampir di belakangnya membuat dia tunduk terkejut.

“Guruh tuu…”

“Dia ok tak…”