Tular ‘screenshot’ WhatsApp, individu dakwa ada bukti Noh Salleh curang dengan Mizz Nina

Tular ‘screenshot’ WhatsApp, individu dakwa ada bukti Noh Salleh curang dengan Mizz Nina

 

Tiada angin tiada ribut, hangat diperkatakan mengenai vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh apabila rumah tangganya bersama Mizz Nina yang didakwa bermasalah bulan lalu.

Terbaru, tular pula beberapa netizen di laman Twitter yang mendakwa ada video menyerupai Noh dalam aksi kurang sopan. Namun tidak dapat dipastikan sama ada penyanyi itu ataupun orang lain.

Memetik Cari Forum, menerusi satu perkongsian oleh seorang pengguna mendakwa penyanyi itu berlaku curang dibelakang isterinya, Mizz Nina.

Namun, pengguna itu mendakwa perbualan tersebut sudah hilang kerana terlupa backup data sebelum reset phone tempoh hari.

 

Bagaimanapun, tidak lama kemudian pengguna tersebut memadam perkongsiannya itu di laman Twitter. Namun, tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut.

Sementara itu, ramai yang kurang percaya dengan dakwaan berkenaan memandangkan bukti tersebut sudah hilang serta ada yang beranggapan ada pihak sengaja membuat cerita untuk menjatuhkan karier penyanyi itu.

Terdahulu, Noh Salleh menempelak pihak media apabila menyuarakan soalan mengeai perkahwinannya bersama Mizz Nina serta meminta agar lebih fokus kepada kerjaya seni berbanding cerita peribadi.