Tular sekumpulan remaja bergaduh di hadapan restoran angkara berebut teman wanita

Tular sekumpulan remaja bergaduh di hadapan restoran angkara berebut teman wanita

Pada 17/7/2022 telah terkesan tular di media sosial kejadian sekumpulan remaja sedang bergaduh di hadapan sebuah restoran di Jalan Kuning, Taman Bukit Pasir, Batu Pahat.

Susulan daripada itu dua orang mangsa kedua-duanya berumur (22) tahun telah membuat laporan polis menyatakan mereka telah dipukul oleh sekumpulan lelaki. Punca kejadian adalah kerana berlaku selisih faham antara mangsa dengan suspek berkaitan dengan teman wanita sebelum kejadian.

Sepasukan polis daripada IPD Batu Pahat telah berjaya menangkap (3) remaja lelaki berusia dalam lingkungan (18) hingga (19) tahun untuk membantu siasatan. Pihak polis kini masih mengesan saki baki suspek yang terlibat.

Ketiga-tiga suspek telah dibawa ke hadapan Majistret untuk permohonan reman dan telah dibenarkan ditahan selama (4) hari sehingga 21/7/2022.

Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang diperuntukan denda atau penjara ataupun kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Sumber : Facebook