Tular rakaman mesin ‘dryer’ dobi terbakar, api ‘berputar’ semakin besar

Tular rakaman mesin ‘dryer’ dobi terbakar, api ‘berputar’ semakin besar

Setiap peralatan elektrik mempunyai cara penggunaan tersendiri bagi mengelakkan berlakunya kerosakan atau kecederaan. Khususnya bagi mesin pengering pakaian, pengguna telah diberi amaran awal agar tidak meletakkan pakaian atau barangan yang mudah terbakar ketika proses pengeringan.

Di sebuah dobi di Chaiyapum, Thailand, dua lelaki menjadi penyelamat apabila salah satu mesin pengering terbakar dengan marak. Kejadian itu dipercayai berpunca daripada barangan di dalamnya.

Menerusi video rakaman CCTV dikongsikan Daily Mail, kelihatan api muncul dari dalam mesin tersebut dan ‘berputar’ mengikut putaran mesin sebelum menjadi semakin besar. Dipercayai panik setelah menyedari bahaya berkenaan, beberapa pelanggan berhampiran bertindak menjauhi mesin tersebut yang masih aktif berfungsi.

Sementara menanti ketibaan pihak bomba, dua saksi kejadian bertindak mengambil pemadam api dan cuba memadamkan kebakaran tersebut. Sebanyak dua tong pemadam api telah digunakan bagi menghentikan kebakaran berkenaan.

Berdasarkan laporan, hasil siasatan pihak bomba di lokasi kejadian, mereka mendapati terdapat barangan yang tidak sepatutnya berada di dalam mesin tersebut yang dipercayai menjadi punca kebakaran.

Tonton videonya di bawah.

 

 

 

Sumber: Daily Mail