Tular lelaki pukul warga asing dipercayai mabuk

Tular lelaki pukul warga asing dipercayai mabuk

 

Tular di laman sosial satu klip video memaparkan tindakan seorang lelaki melepaskan beberapa pukulan kepada seorang warga asing dipercayai mabuk menerima pelbagai reaksi.

Video berdurasi 30 saat itu turut menunjukkan pertengkaran dan provokasi antara dua individu tersebut yang dipercayai berlaku di sebuah kedai makan.

Bagaimanapun, klip video tersebut tidak menyatakan lokasi tepat kejadian terbabit dan bila tarikh ia dirakam.

Susulan daripada itu, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi berhubung insiden berkenaan.

“Terima kasih pakcik, Terima kasih atas jasamu ‘membalun’. Saya sentiasa mendoakan pak cik diberi kesihatan yang baik dan berada dalam lindungan Allah sepanjang masa,” kata Azman

“Bawa masuk lagi warga asing ramai-ramai. Macam-macam jenis orang ada,” seloroh Nozaja.