Tular lelaki cuba gabungkan 3 cili terpedas untuk hasilkan cili paling ‘jahat’

Walaupun cili membuat lidah dan mulut rasa tidak selesa, orang ramai tetap mengidamkan rasa pedas dalam makanan mereka. Salah satu sebabnya adalah cili boleh menyebabkan kelenjar hipofisis dan hipotalamus dalam tubuh kita melepaskan endorfin iaitu kimia yang membuat seseorang itu rasa gembira. Keinginan rasa pedas dalam makanan sama seperti menginginkan sesuatu yang manis atau masam.
Malah sesetengah orang tidak puas dengan hanya memakan cili biasa dan ingin sesuatu yang lebih mencabar seperti Ghost Pepper, salah satu cili terpedas di dunia.
Tetapi seorang individu baru-baru ini telah membuat eksperimen dengan menghasilkan cili hibrid menggunakan 3 cili terpedas di dunia untuk menghasilkan cili yang jauh lebih pedas, membuat mata ramai orang berair hanya dengan melihatnya.
This pepper is exceptionally evil.. it’s a hybrid of 3 superhots.. I created it myself via cross-pollination. pic.twitter.com/RFIYfF8PI2
— PhillyTheBoss.com (@PhillyTheBoss) October 16, 2021
Dalam perkongsian yang tular, pengguna Twitter itu berkata dia membuat pendebungaan silang antara 3 cili terhangat dalam skala Scoville iaitu Ghost Pepper, Trinidad Scorpion, dan Carolina Reaper.
Gambar yang dikongsikan menunjukkan lelaki itu memegang hasil cili hibridnya dengan memakai sarung tangan yang tebal, membuat ramai percaya bahawa cili itu boleh membahayakan nyawa.
“Kalau kau makan ni kau tak perlukan booster…”
If you eat this you won't need the booster. https://t.co/36uqLm5LTs
— Adam Cisroe Pearson, OTD, OTR/L (@DrAPearson) October 18, 2021
100 likes and I’ll buy and eat it https://t.co/MMmp9NG7RI
— Sⱥђiℓ ™ (@sahil_prods) October 18, 2021
“Takde siapa yang akan makan dan selamat…”
"Exceptionally evil" bro this pepper is villainous u said it urself nobody is gonna eat this and survive 😭😭 https://t.co/8qVHB1mmPH
— bluemoth (@bluemoth5) October 17, 2021
“Benda ni memang jahat, tengok lidah dia terjelir…”
Hell yea that mf evil. That lil Venom tongue hanging off https://t.co/GhZsJGc8FV
— Tucker Foley (@klarkj_) October 17, 2021
“Siap ada ekor setan lagi…”
It even has a little devil tail https://t.co/Fk6XmoAvSq
— 🌪 (@LexiiReign) October 18, 2021
“Dikira sebagai cubaan membunuh…”
If you rub this on your hands and touch someone, that’s attempted murder https://t.co/2ngeFyJjN0
— Spooky Bolberino, Temporary Braves Fan™️ (@kingbolby) October 18, 2021