Tular kanak-kanak dua tahun mengadu sakit, suami pengasuh ditahan disyaki cabul

Tular kanak-kanak dua tahun mengadu sakit, suami pengasuh ditahan disyaki cabul

Seorang lelaki ditahan oleh pihak polis selepas disyaki mecabul kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang diasuh bersama isterinya di Cybersouth Dengkil, Selangor.

Memetik laporan Utusan Malaysia, suspek berusia 25 tahun ditahan setelah pihak polis menerima laporan daripada doktor di Hospital Putrajaya kelmarin berhubung seorang pesakit kanak-kanak mengadu sakit di bahagian kemaluan.

Suspek adalah suami kepada pengasuh di taman asuhan kanak-kanak

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof dan suspek ditahan di sebuah rumah di Casa View, Cybersouth, Cyberjaya pukul 5 petang tadi.

Wan Kamarul  berkata, suspek ditahan reman bagi membantu siasatan dan kes di siasat mengikut Seksyen 14(A) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek ialah suami kepada pengasuh di taman asuhan kanak-kanak itu,”ujarnya.

Kesan calar pada kemaluan mangsa, namun tiada koyakan

Dalam pada itu, Wan Kamarul mengatakan laporan doktor mengesahkan terdapat kesan calar sepanjang 0.5 sentimeter (cm) pada kemaluan mangsa, namun tiada koyakan.

Katanya lagi, doktor juga tidak dapat mengesahkan punca kecederaan kecil pada kemaluan mangsa.

“Siasatan mendapati, mangsa mengadu sakit pada kemaluan selepas diambil dari pengasuh di taska berkenaan pada pukul 6.30 petang Isnin lalu,”katanya lagi.

Pihak polis juga sudah mengambil keterangan daripada ibu mangsa dan mengesahkan telah menghantar kanak-kanak itu ke rumah pengasuhnya sebelum mendedahkan dicabul oleh suami pengasuh.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan perbualan seorang kanak-kanak perempuan dua tahun kepada ibunya yang memaklumkan dia dicabul ketika berada di taska.

Pendedahan dibuat oleh usahawan dan pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad di laman Instagram milikinya dengan mengatakan insiden itu membabitkan anak kepada stafnya.

 

 

Sumber: Utusan Malaysia (Mohd. Husni Mohd. Noor), Instagram @hafizmahamad