Tular di media Indonesia sudah berpisah, Noor Nabilah bagi bayangan masih bersama?

Tular di media Indonesia sudah berpisah, Noor Nabilah bagi bayangan masih bersama?

 

Terdahulu, rumah tangga Noor Nabila bersama Engku Emran sempat kecoh di media sosial kerana didakwa telah berpisah. Hal itu selepas kakak kepada Neelofa tersebut telah memadam semua foto bersama suaminya termasuklah gambar perkahwinan di Instagram. Malah, wanita berkenaan turut berkongsikan beberapa kenyataan sedih seakan memberikan ‘hint’ tentang keadaan mereka berdua.

Dia cari yang bagaimana sih?

Biarpun status hubungan pasangan itu masih tidak diketahui, namun isu tersebut sempat tular di negara seberang selepas portal hiburan mereka mendakwa suami isteri berkenaan sudahpun berpisah. Menerusi perkongsian Indonesia_today di laman TikTok, terdapat beberapa keratan artikel yang telah dimuat naik termasuklah laporan mengaitkan nama bekas isteri Engku Emran iaitu Laudya Cynthia Bella. Malah, suami Nabila juga seakan diperli gara-gara dakwaan itu.

 

 

@indonesia_today

Mantan suami Claudyacintya Bella, Engku Emran dikabarkan bercerai lagi untuk yang ketiga kalinya, nitizen : Vicky Prasetyo versi Upin Upin #claudyacintyabella #engkuemran #fyp

♬ Pilihan Yang Terbaik Sadvibes Version – Sadvibes🥀

Mommy record untuk kenangan…kantoi pulak dengan anak

Bagaimanapun, segala persoalan berkait pasangan itu seakan terjawab selepas Nabila memuat naik video terbaru di laman TikTok. Dalam klip tersebut, kelihatan wanita berkenaan sedang solat berjemaah bersama anak serta suaminya. Selain daripada aksi lucu cahaya matanya, ternyata perkongsian itu seperti menggambarkan hubungan mereka masih lagi baik.

 

 

@noornabila00

Macam2 kejadian ketika solat ya #jebatjayden … ( nota: mommy record untuk kenangan.. kantoi pulak dengan anak) #kidsoftiktok #fyp #fypシ゚viral

♬ Allah Allah Aghisna – Veve Zulfikar

 

Siapalah yang fitnah selama ni, Allahuakbar…sempat pula Jebat adjust sebab tak masuk kamera

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen telah berikan pelbagai reaksi termasuklah terhibur dengan aksi Jebat. Malah, ramai juga yang tumpang gembira melihat pasangan berkenaan serta berharap agar spekulasi mengenai mereka dihentikan.

Kecoh Media Seberang Dakwa Dah Berpisah, Noor Nabila Bagi ‘Hint’ Masih Bersama?

Kecoh Media Seberang Dakwa Dah Berpisah, Noor Nabila Bagi ‘Hint’ Masih Bersama?