Tular dakwaan Monkeypox dah masuk Malaysia, KKM sahkan belum terima sebarang maklumat

Tular dakwaan Monkeypox dah masuk Malaysia, KKM sahkan belum terima sebarang maklumat

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang maklumat mengenai kes virus monkeypox di Malaysia seperti yang didakwa dalam satu perkongsian tular di media sosial baru-baru ini.

Dalam satu hantaran yang dibuat menerusi laman Twitter rasmi KKM, pihaknya menggesa agar waris kepada kanak-kanak yang didakwa dijangkiti virus tersebut untuk membawanya ke fasiliti kesihatan kerajaan bagi pemeriksaan dan rawatan.

“Sekiranya gambar tersebut adalah benar, waris kepada kanak-kanak tersebut dinasihati untuk membawanya ke fasiliti kesihatan kerajaan berdekatan dengan segera untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan,” tulis KKM.

Berhubung isu yang tular itu, KKM menasihati orang ramai agar tidak menularkan berita yang tidak pasti kesahihannya.

KKM juga turut menasihatkan agar pesakit atau waris yang dijangkiti virus tersebut untuk mendapatkan nasihat perubatan terlebih dahulu.