Tukar tayar kereta di bahu jalan, 2 anggota KKM maut dirempuh lori

Tukar tayar kereta di bahu jalan, 2 anggota KKM maut dirempuh lori

 

 

Tular di laman Twitter, satu hantaran video memaparkan kejadian ngeri dimana dua anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) maut dirempuh ketika menukar tayar kereta yang pancit di tepi jalan.

Menerusi video tersebut, dilihat sebuah lori pasir yang berada di lane kiri memecut laju sebelum bergerak ke kiri jalan menyebabkan pelanggaran berlaku.

Menurut laporan Harian Metro, pada awalnya lori itu dipercayai mengelak ke kanan selepas melihat beberapa orang di bahu kiri jalan.

lori

Pada masa sama, kereta Mercedes datang dari arah belakang sebelah kanan lori (titik buta) menyebabkan pemandu lori cuba mengelak kereta ini.

Susulan itu, lori pasir tersebut kemudiannya melanggar kedua-dua mangsa di tepi jalan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

 

Meninjau di ruangan balas ciapan tersebut, rata-rata orang ramai telah mempersoalkan cara pemanduan lori berkenaan yang membahayakan pengguna jalan raya lain.

Macam sengaja pun ada, rapat ke kiri dan makin laju… serius. – Netizen.

Kemungkinan driver lori sangat lalai samaada tengah main phone atau tengah feeling layan lagu janda,” tulis seorang pengguna Twitter.