Tukar nama lagi, kini GRS

Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) di Sabah, kini dikenali sebagai Gabungan Rakyat Sabah, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata keputusan tersebut dicapai dalam satu mesyuarat khas semalam bersama-sama pemimpin tertinggi ketiga-tiga parti itu.

“Hasil mesyuarat penting semalam, saya ingin umumkan bahawa keputusan yang telah dicapai ialah untuk menamakan gabungan parti-parti yang ada (di Sabah) bersama-sama perjuangan kita ini sebagai Gabungan Rakyat Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa bertemu bakal calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Datuk Hajiji Noor di Pejabat Perhubungan Bersatu di sini hari ini.

Sumber : Bernama