Trend minuman dalam plastik gergasi, “Yang last tu ada masalah apa”

Trend minuman dalam plastik gergasi, “Yang last tu ada masalah apa”

Bila tengahari dengan cuaca panas, dapat minum teh ais sahaja sudah rasa puas. Lega rasanya air teh sejuk ini melalui tekak. Namun begitu baru-baru ini trend minuman dalam plastik luarbiasa sambil dibawa berjalan-jalan telah membuatkan ramai yang cuba mahu lakukannya.

Manakan tidak, saiz plastik besarnya bukan biasa-biasa memang luarbiasa! Malah trend minuman dalam plastik luarbiasa besar ini seakan menjadi pertandingan siapakah yang empunya bekas air lebih besar.

https://vt.tiktok.com/ZSeQQcX3Q/

https://vt.tiktok.com/ZSeQQXrks/

Baru-baru ini satu pemilik akaun TikTok dengan nama monggo_pw telah menghasilkan video kompilasi beberapa rakaman mengenai pengguna yang mengikut trend minuman dalam plastik luarbiasa besar ini. Berikut adalah video kompilasi yang dikongsikan oleh individu tersebut:

https://vt.tiktok.com/ZSeQQcttq/

Weyh…Saiz plastik dan bekas minumannya memang tak boleh bawa bincang besar masing-masing ya! Kreatif betul rakyat Indonesia yang mengikut trend sebegini. Perkongsian rakaman video kompilasi ini telah meraih lebih 16.3 juta tontonan dan 1.7 juta likes.

Rata-rata warganet terhibur menyaksikan perkongsian ini dan meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen seperti berikut:

“Beli boba pakai plastik macam ni pun boleh juga”

Trend Minuman Dalam Plastik 4

“kita berbeza. Kamu ngopinya di kafe metropolitan. Sedangkan aku minumnya cuma teh ais dalam plastik”

Trend Minuman Dalam Plastik 3

“Yang terakhir tu ada masalah apa”

Trend Minuman Dalam Plastik 2

“Mentang-mentang awal bulan”

Trend Minuman Dalam Plastik 1