Trauma masa silam, Puteri Balqis terpaksa jumpa pakar psikiatri makan ubat

Trauma masa silam, Puteri Balqis terpaksa jumpa pakar psikiatri makan ubat

Pelakon remaja, Puteri Balqis sekali lagi berjumpa dengan pakar psikiatri selepas mengalami gangguan emosi akibat masalah tekanan pasca-trauma (PTSD) yang dihadapinya sebelum ini.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram, pelakon berusia 15 tahun itu terpaksa mengambil ubat penenang yang hanya bertahan dalam tempoh kurang daripada lapan jam.

 

 

“Berjumpa pakar psikiatri saya sekali lagi, ubat diberikan membuat saya gembira hanya kurang daripada lapan jam,” tulis pemilik nama Puteri Balqis Azizi itu.

Puteri Balqis berkata, selepas tempoh tersebut, dia seolah-olah kabur dan berasa ‘kosong’ selain sukar untuk melupakan kisah silam serta berasa gementar sebaik bangun daripada tidur.

“Saya telah kehilangan diri saya, masih bertahan daripada memikirkan kisah lama dan berasa bergetar-getar apabila bangun tidur. Kenangan itu kekal,” katanya lagi.

Sementara itu, pelakon drama Andainya Takdir itu juga mengakui kos ubat untuk merawat masalah berkenaan boleh mencecah RM160 sekotak sebelum mendapat harga diskaun.

Malah, ia secara tidak langsung membuatkan dirinya menjadi lebih depresi apabila memikirkan kos perubatan yang agak mahal.

Orang tanya saya macam mana sembuh daripada depresi?

Terdahulu, media melaporkan Balqis dan ibunya Norashikin Mohd Aziz menerima rawatan PTSD di sebuah pusat perubatan di ibu kota.

Sebelum itu, Balqis mendedahkan sikap buruk bapanya yang menjadi pengalaman pahit buat dirinya dalam satu program ‘broadcast’ di YouTube sehingga kecoh di media sosial.

Sumber: Instagram Puteri Balqis