Tragedi renjatan elektrik, anak sulung cerita kisah kejadian

Tragedi renjatan elektrik, anak sulung cerita kisah kejadian

Terdahulu, Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yusof memaklumkan sepasang suami isteri telah ditemui maut di kediaman sendiri di flat Taman Puncak Tringkap, Cameron Highlands akibat terkena renjatan arus eletrik dalam bilik air yang berpunca daripada alat pemanas air.

Susulan kejadian, mendiang Damian dan Ronwina Mambai telah selamat disemadikan pada 13 Mac lalu dan meninggalkan 3 orang anak, Ellisa Oliva,10, Joseph Rayyan, 8, dan Magdalena Damian, 1 tahun 5 bulan.

Waris ahli keluarga dari Pulau Pinang dan Sarawak telah dimaklumkan berkaitan urusan hak penjagaan mereka sambil turut dibantu oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Tular satu perkongsian video di aplikasi TikTok, 3 beradik tersebut telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), Sarawak untuk dijaga oleh pak cik sebelah mendiang ibu mereka.

Menerusi video tersebut, Ellisa iaitu merupakan anak sulung mendiang dilihat mendukung erat adik bongsunya, Magdalena sewaktu tiba di Sarawak.

Turut menceritakan kejadian sebenar, Ellisa berkata mereka bertiga berada di luar bilik sebelum menemui ibu bapa di bilik mandi.

Saya terus call sepupu emak saya bagitahu apa yang berlaku, dia suruh saya tutup suis utama dan bagitahu saya untuk terus pergi rumah jiran.

Menurut Ellisa, dia berlari ke rumah jiran dan mereka kemudiannya menghubungi ambulans.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.