TPM Ahmad Zahid Hamidi & barisan menteri mula tugas secara rasmi hari ini

TPM Ahmad Zahid Hamidi & barisan menteri mula tugas secara rasmi hari ini

Kabinet Kerajaan Perpaduan akan memulakan tugas secara rasmi hari ini selepas pengumuman jemaah menteri dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lalu.

Bernama melaporkan, beberapa jemaah menteri mengimbas kad perakam waktu (clock-in) di kementerian masing-masing, sebagai simbolik permulaan tugas rasmi mereka.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dilihat memasuki pejabatnya di Aras 4, Bangunan Perdana Putra mengimbas kad perakam waktu memulakan tugasnya secara rasmi pada hari ini.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga merupakan Menteri Perladangan & Komoditi turut mengimbas kad perakam waktu di kementeriannya pada jam 8.30 pagi ini.

Beliau turut menghadiri taklimat mengenai kementerian sebaik sahaja selepas mengimbas kad perakam waktu.

Bagi barisan jemaah menteri yang lain, antaranya Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek yang diba di pejabatnya di Bangunan Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya pada jam 8.52 pagi yang disambut Ketua Setiausaha, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa juga hadir mengimbas kad perakam waktu di Kementerian Kesihatan pagi ini.

Dalam pada itu, semua menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan hadir Mesyuarat Khas Kabinet pertama yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum secara rasmi mengimbas kad perakam untuk memulakan tugas secara rasmi.

 

Ikuti perkongsian penuh di bawah ini.

 

Sumber: BERNAMA