“Tony Spider ditemukan seorang diri di atas sofa..“, Arwah dah tiga tahun menetap di studio M.Nasir

“Tony Spider ditemukan seorang diri di atas sofa..“, Arwah dah tiga tahun menetap di studio M.Nasir

Bekas pemain bass kumpulan terkenal tanah air, Spider, Tony Iskandar menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 1 pagi, hari ini.

 

Meninggal dalam bilik tidur studio

Foto: Tony & Along Exists

Menerusi laporan Sinar Harian, Allahyarham meninggal dunia di bilik tidurnya di studio rakaman Luncai Emas milik seniman Datuk M. Nasir di Sungai Buloh. Berita duka pemergian Tony turut dikongsi oleh pemain gitar kumpulan Exists, Along di akaun Instagramnya sekitar pukul 3 pagi.

Pergi lagi seorang sahabat aku. Al fatihah buatmu Tony. Semoga Allah Swt tempatkan mu dikalangan orang beriman. Amin.

Selain Allayharham Tony, kumpulan Spider yang mendapat didikan dan asuhan sifu M Nasir turut dianggotai oleh Tam (vokalis), Nafie (pemain gitar), Aie (pemain gitar) dan Is (pemain bass). Antara lagu popular kumpulan Spider ialah Relaku Pujuk, Kasih Latifah dan Laukku Cukup Masin.

Sumber: Sinar Harian