“Tom banyak bantu, selamatkan aku dari menghisap balik terjebak benda-benda tak elok..”
Penyanyi dari Singapura, Fuad Rahman meminta orang ramai tidak mengaitkan teman wanitanya Tom dalam isu penceraian yang berlaku dalam rumah tangganya.
Menerusi satu sesi ‘live’ di laman Facebook, bintang Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) itu menjelaskan dia dan isteri Siti Zulaiha sepakat untuk berpisah dengan cara baik.
“Aku nak jelaskan, penceraian ini tiada kena mengena dengan Tom. Takdir kami bertemu semula, aku dalam keadaan susah ketika dalam GV9.. orang yang ramai tahu status aku masa tu.
“Aku kalau boleh nak selamatkan (rumah tangga), tapi isteri pun dah tak nak jumpa. Aku tetap kawan dengan dia tapi tak rapat,” katanya yang sedang dalam proses perceraian.
Penyanyi berusia 43 tahun itu berkata, Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram antara individu yang banyak memberi kekuatan sepanjang GV9 apatah lagi dia berdepan masalah rumah tangga.
Fuad turut mengakui, orang sekeliling juga memainkan peranan penting untuk membantu individu seperti dirinya yang pernah terjebak dalam penyalahgunaan dadah sehingga dipenjara sebanyak tiga kali.
“Aku bukan kuat sangat.. mujur ada orang macam ibu aku.. Tom di sisi. Orang sekeliling yang aku campur, bukan budak-budak baik.
“Tapi aku tak pernah buang kawan, walaupun dorang penagih ke tetap kawan aku, mereka manusia, hamba Allah.
“Aku tak paksa korang, suka ke tak suka ke.. tu hak masing-masing. Pengaruh orang sekeliling boleh buat berubah la macam aku sekarang, kira alhamdulillah la.
“Cuba nak bagitahu.. dia (Tom) banyak membantu saya. Selalu berada di sisi aku, selamatkan aku daripada menghisap balik benda-benda tak elok, buat perangai merepek, solat jaga, setakat ni alhamdulillah,” ujarnya.
Terdahulu, Fuad mendedahkan dia dan Tom pernah bercinta pada tahun 2005 namun berpisah sebelum ditakdirkan bertemu semula dalam program realiti nyanyian tersebut.
Sumber: Facebook Fuad Rahman