Tolong saya doktor! Anak saya tertelan hand sanitizer!

Tolong saya doktor! Anak saya tertelan hand sanitizer!

Penggunaan hand sanitizer kerap digunakan pada ketika ini kerana risau akan penularan wabak COVID-19. Walaupun ianya penting untuk kehidupan seharian, namun ia boleh mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak.

‘Macam nak runtuh dunia saya bila bau hand sanitizer tu sangat kuat’

Sekadar gambar hiasan

Menerusi perkongsian Dr. Redza Zainol di akaun Twitternya, dia telah berkongsi mengenai situasi cemas dilalui oleh seorang ibu yang mendapati anaknya hampir minum sebotol hand sanitizer bersaiz 30ml.

Situasi berkenaan disedari oleh ibunya setelah menghidu bau alkohol yang kuat pada mulut serta baju anaknya itu.

Macam nak runtuh dunia saya bila bau hand sanitizer tu sangat kuat dari mulut dan baju dia.

Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), terdapat 63,000 kes kanak-kanak bawah lima tahun yang terdedah dengan hand sanitizer secara berlebihan dari 2011 sehingga 2014.

Hand sanitizer seakan air masak

Sekadar gambar hiasan

Dr. Redza Rosli juga mengatakan hampir 97% kejadian kanak-kanak tertelan hand sanitizer tersebut melalui mulut. Lebih membahayakan lagi apabila warna cecair berkenaan seakan air masak. Ianya tidak mempunyai warna dan diletakkan di dalam bekas yang cantik sehingga kanak-kanak menganggap cecair berkenaan boleh diminum.

Jelasnya lagi, jika jumlah cecair berkenaan ditelan dalam kuantiti yang sedikit, ianya tidak menyebabkan kesan yang serius kepada anak-anak. Namun jika kuantitinya banyak, boleh menyebabkan Alcohol Intoxication seperti sawan, koma, degupan jantung jadi perlahan serta banyak lagi.

Dikatakan situasi berkenaan jarang bagi kanak-kanak untuk menghabiskan satu botol hand sanitizer berkenaan kerana ia mempunyai 60% hingga 70% alkohol yang boleh menyebabkan rongga mulut rasa seperti panas dan terbakar apabila memasuki ke ruang mulut.

Walau bagaimanapun, jika situasi tersebut berlaku juga, ibu bapa perlu mengambil langkah awal seperti memberikan air manis kepada anak mereka jika masih berada dalam keadaan sedar.

Sumber : DrRedzaZainol