“Tolong kongsi tips!” baru 4 hari bersalin, Dr Amalina bawa anak keluar jalan-jalan

“Tolong kongsi tips!” baru 4 hari bersalin, Dr Amalina bawa anak keluar jalan-jalan

Pada minggu lalu, doktor pakar kelahiran Malaysia yang kini sedang berkhidmat di London, Dr Nur Amalina Che Bakri selamat melahirkan anak sulungnya di hospital St. Thomas.

Pun begitu, menerusi perkongsian terbaharu Dr Amalina di Instagramnya, dia telah memuat naik beberapa keping gambar bersama puteri kesayangannya, Arabella Mia, semalam.

 

 

Dalam perkongsian itu, dia dilihat sedang bersiar-siar bersama anaknya yang diletakkan di dalam stroller baby sambil menimati udara yang segar.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen, meskipun dia baru sahaja empat hari melahirkan anak dan dalam tempoh berpantang, Amalina kelihatan sihat dan bertenaga.

Kuatnya Dr Amalina!

Susulan itu, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum mereka memandangkan Dr Amalina kelihatan sangat kuat keluar daripada rumah tanpa menunggu tempoh berpantangnya tamat.

Tahniah Dr! Semoga dipermudahkan urusan selalu

Dalam pada itu, netizen tidak melepaskan peluang dengan menzahirkan ucapan tahniah serta mendoakan agar Dr Amalina sentiasa dipermudahkan urusan dalam membesarkan anak sulungnya dan dilindungi selalu.

Sumber: Instagram @dramalinabakri