“Tolong jangan bukak”- ramai terhibur tengok gelagat pelajar sekolah berunding dengan monyet yang ‘rampas’ beg

“Tolong jangan bukak”- ramai terhibur tengok gelagat pelajar sekolah berunding dengan monyet yang ‘rampas’ beg

Antara alasan tak masuk akal yang sering diberikan oleh pelajar sekolah apabila tak siap kerja sekolah ialah buku mereka dirosakkan oleh haiwan peliharaan seperti kucing, arnab atau kambing.

Namun, nampaknya seorang pelajar sekolah ini pula tak menipu dengan alasan yang bakal diberikan sebab beg sekolahnya telah dirampas oleh dua ekor monyet baru-baru ini.

Menurut Mothership.sg, video gelagat pelajar sekolah menengah itu telah tular di TikTok sebelum menjadi perhatian netizen di Facebook pula.

Boleh kita lihat dalam video yang berdurasi selama seminit 14 saat itu bahawa pelajar lelaki yang memakai seragam putih itu ‘memujuk dan berunding’ dengan monyet-monyet itu agar meninggalkan beg dan failnya supaya dia boleh ambil balik barangan miliknya tersebut.

Kejadian itu dikatakan berlaku di luar kawasan sekolah di Singapura dan kita boleh dengar pelajar itu memberitahu haiwan liar itu dalam bahasa Inggeris bahawa itu ialah fail dan projeknya. Mungkin dalam beg tu ada kerja sekolah yang penting dan kena hantar pada haritu.

Hw Monyet 3

Namun, salah seekor monyet tu kemudiannya dilihat mengejar remaja itu sehingga 10 meter. Walau bagaimanapun, dia tetap tak putus asa dan tetap kembali ke situ untuk dapatkan kembali begnya itu.

Yang paling kelakar, pelajar itu juga cuba tawarkan air tin Coke pada monyet jika ia kembalikan semula beg dan fail yang ‘ditawan’ oleh binatang itu.

Hw Monyet 4

Dia juga dilihat merayu dan meminta tolong kepada monyet agar tidak mengapa-apakan barangannya itu.

Nampaknya usaha pelajar ni berunding tak sia-sia sebab akhirnya dia sempat untuk cepat-cepat ambil semula beg dan fail ketika monyet itu memanjat pokok. Lepas tu, dia terus lari supaya tak berjaya dikejar oleh monyet liar.

Hw Monyet 5

Video itu dipercayai telah dirakam oleh pejalan kaki yang turut berada di tempat kejadian. Sehingga kini, jumlah tontonan video itu juga hampir mencecah sejuta kali di Facebook.

Rata-rata netizen juga terhibur dengan keazaman remaja itu untuk selamatkan beg sekolahnya. Ada juga yang memuji tindakannya yang tidak membaling sebarang objek keras terhadap haiwan itu sebaliknya sabar menunggu untuk nego dengan monyet.

Hw Monyet 2