“Tolong belikan adik mama baru, beli dekat dalam kedai…”
Tidak dinafikan kanak-kanak yang sedang membesar mempunyai telatah dan ragam tersendiri. Bagaimanapun, ‘telatah’ yang ditonjolkan mereka ini kadangkala mencuit hati dan boleh menghiburkan kedua ibu bapa mereka.
Seperti perkongsian seorang ibu dikenali sebagai Ezra menerusi satu video di laman TikTok menceritakan gelagat anaknya yang merajuk dan sempat meminta untuk ‘dihadiahkan’ emak baru. Aduh buat hal lah adik!
‘Adik taknak kawan dengan mama dah’
Foto: Tangkap layar video
Kisahnya bermula apabila wanita ini baru sahaja mengambil anak lelakinya yang dikenali sebagai Raqian dari tadika. Anaknya ketika itu, seolah-olah merajuk disebabkan ibunya tidak menyebelahinya berikutan kesalahan yang dilakukan semasa berada di tadika. Susulan daripada itu, si anak secara spontan mengatakan tidak lagi mahu berkawan dengan individu yang melahirkannya selama ini.
Adik takmau kawan dengan mama dah. Sebab mama tak comel. Adik taknak kawan dengan mama.
Apa yang lebih melucukan apabila kanak-kanak kecil ini sempat memberikan ‘alasan’ dia akan berkawan dengan ibu baru dan meminta supaya ibunya (mama) membuat pembelian ibu baru di kedai.
Mama baru. Tolong belikan adik mama baru. Beli kat kedai mama.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat telatah kanak-kanak ini yang begitu jujur ketika bersembang dengan ibunya.
Video penuh:
@theezras Keletah Raqian balik sekolah. Merajuk sebab tak side dia bila dia ngadu dia kene marah dgn cikgu. #foryoupage #fyp #alhamdulillah
Jangan minta bukan-bukan
Sumber: The Ezras