Tips simpan durian, tahan hingga setahun elok lagi

Tips simpan durian, tahan hingga setahun elok lagi

Seperti yang kita semua tahu, sekarang merupakan musim yang ditunggu-ditunggu oleh peminat raja buah iaitu durian. Pergi sahaja ke mana pun, pasti kita akan lihat lambakan jualan buah durian sampai pening kepala nak pilih yang mana satu. Tetapi, pasti ramai dalam kalangan anda yang tertanya-tanya bagaimana cara untuk simpan lebihan buah durian supaya tahan lebih lama. Jom cuba cara ini!

Baca juga: ‘Hantu’ Durian Kena Tahu 4 Tips Basic Pilih Durian Supaya Dapat Isi Penuh & Lemak

TIPS SIMPAN DURIAN SAMPAI SETAHUN ELOK LAGI

1.Sediakan plastik wrap dan bekas plastik

2.Buka durian dan ambil sepangsa, lalu bungkus atau balut isi durian dengan kemas. Ikut suka banyak mana yang dikehendaki.

3.Kemudian, letak dalam bekas plastik, tutup dan simpan dalam freezer.

Dengan cara ini, makan durian lebih mudah kerana anda boleh ambil durian dan makan tanpa perlu keluarkan semua dari freezer.

Paling penting sekali adalah, durian yang dibalut begini tidak akan berbau. Paling penting adalah durian ini akan tahan lebih lama!

Buat ‘hantu’ durian semua, boleh cuba cara ini okay!

Sumber: Nor Tipah Zakaria