Tinggalkan komen di IG pelakon Thai ‘g*y’, Hael Husaini jadi bualan netizen

Tinggalkan komen di IG pelakon Thai ‘g*y’, Hael Husaini jadi bualan netizen

Baru-baru ini, penyanyi sensasi Hael Husaini sekali lagi menjadi bualan netizen selepas dilihat meninggalkan komen di Instagram milik seorang pelakon lelaki terkenal dari Thailand, Gulf Kanawut.

Menerusi hantaran tersebut, Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini bin Razmi telah menitip pesanan buat Gulf untuk tidak meninggalkan makan malam.

Bukan itu sahaja, penyanyi berusia 33 tahun itu turut berharap akan bertemu lagi dengan pelakon Thailand berkenaan.

Don’t skip dinner, and see you again.

 

Difahamkan, Hael dan Gulf telah berjumpa di acara Onitsuka Tiger yang diadakan di Tokyo, Japan.

Susulan itu, komen yang ditinggalkan Hael menjadi bualan hangat orang ramai yang rata-ratanya mendakwa pelakon itu cuba untuk memikat hati Gulf.

Malah, ada juga segelintir netizen yang telah membuat rakaman skrin memaparkan bukti komen Hael dan memuat naik semula di platform TikTok.

 

Info tambahan, terdapat beberapa video di aplikasi TikTok memaparkan Gulf berciuman dan menjalinkan hubungan dengan kaum sejenis.