“Tindakan undang-undang keras akan diambil!” Syamsul Yusof beri amaran budak TikTok rakam babak Mat Kilau

“Tindakan undang-undang keras akan diambil!” Syamsul Yusof beri amaran budak TikTok rakam babak Mat Kilau

 

 

Filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof mencipta sejarah apabila mencatat kutipan RM1 juta pada hari pertama tayangan.

Namun sayangnya ada individu tidak bertanggungjawab merakam babak-babak tertentu dan memuatnaiknya di media sosial.

Syamsul Yusof dengan tegas memberi amaran bahawa pihak penerbit akan mengambil tindakan saman jika video tidak dipadam dengan kadar segera.

Beliau tidak mahu insiden saman filem Munafik 2 berulang sehingga ibu bapa menangis memohon maaf bagi pihak anak.

Abang dan team Mat Kilau ingin meraikan saat ini di kala sambutan filem sangat luar biasa, setelah kami berpenat lelah menghasilkannya..

Bukannya ke balai polis dan turun naik mahkamah..ntahla, jalan terus. #matkilau

Akibat daripada perbuatan itu juga, ada yang diisytihar muflis kerana gagal membayar saman. Tak berbaloi geng!

Jadi, kepada sesiapa yang muatnaik scene Mat Kilau ni elok padamlah, jangan tunggu surat saman sampai baru nak menyesal ya.

Kredit: Instagram Syamsul Yusof