Timbalan MB Kelantan lelong keris untuk dana P4le5t1n
Selepas Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor bertindak menjual kereta kesayangannya untuk mengumpulkan dana membantu Palestin, tidak terlepas juga usaha yang dilakukan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang dikatakan melelong empat bilah keris iaitu koleksi peribadinya bagi tujuan yang sama bagi membantu Palestin.
Saya berhasrat untuk melepaskan beberapa koleksi saya untuk tujuan amal dana Palestin. Antaranya ialah sebilah Keris Melela Lok 5 hasil tukang Kelantan (Arwah Stopa), bertatah perak, lok cun, hulu pipit teleng, serta gelang dan kasut putih.
Melalui hantaran yang sama, beliau turut menyatakan bahawa semua wang terkumpul akan disumbangkan kepada tabung amal Palestin.
Seratus peratus hasil lelongan ini akan didermakan kepada #Aid4Palestine. Insya Allah. Semoga dipermudahkan
Menurut laporan Berita Harian, Mohd Amar telah mensasarkan kutipan minima bagi penjualan empat bilah keris itu sebanyak RM20,000.
Tunggu pengumuman selanjutnya selepas ini… bermula dengan koleksi keluarga dan kesemua koleksi keris ini ada yang lama dan baharu.
Ramai dalam kalangan netizen yang telah meninggalkan komen berunsur pujian keatas usaha Datuk Mohd Amar mengumpulkan dana dengan menjual barangan koleksi peribadi selain terdapat juga netizen yang berminat untuk membelinya.
Kredit: Berita Harian