‘Tilam lembik pun nak kebas’

‘Tilam lembik pun nak kebas’

 

 

Tindakan seorang individu mencuri sebuah tilam yang dijemur di pagar rumah seorang penduduk taman telah dirakam menerusi sistem televisyen litar tertutup (CCTV).

Rakaman tersebut telah tersebar di media sosial sejak semalam apabila kejadian itu dikatakan berlaku sekitar pukul 1 pagi kelmarin di Gombak.

Video yang dikongsikan portal Trafik Info Crew di Facebook itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai dan rata-ratanya mempersoalkan motif sebenar individu terbabit mencuri tilam tersebut

“Susah sangat la itu, sampai tilam lembik pun ‘kebas’,” ujar Ahmad Amerrusdy.

“Apa teruk sangat la kau ini,” komen Mat Tein.

“Tak tahu la apa motif curi tilam macam itu, kalau tebal elok apa mungkin la harga masih mahal, ini tergantung macam itu, kualiti pun dah tak ada, pun kau nak curi, memang hati busuk, asal boleh curi sahaja,” soal Mas69.