Tiga jururawat dikompaun jumpa rakan pakai gelang ‘pink’

Tiga jururawat dikompaun jumpa rakan pakai gelang ‘pink’

Baru-baru ini tular di media sosial apabila sebuah gambar memaparkan tiga orang jururawat bertindak melawat ke rumah kawannya yang sedang dikuarintin dan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membawa padah apabila mereka dikompaun RM4,000 pada ahad yang lalu.

Menurut laporan Sinar Harian, tiga jururawat yang bertugas di sebuah hospital swasta berusia antara 34 hingga 45 tahun itu dikesan melanggar SOP dengan menyerahkan sumbangan sumbangan kepada rakannya yang didakwa memakai gelang pink sebelum memuat naik gambar mereka di laman Facebook sehingga gambar tersebut menjadi tular.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, tindakan itu dikesan melalui satu hantaran di laman Facebook pada jam 9.10 malam pada Ahad yang mana mereka bertiga bertindak ke rumah rakannya yang dikenakan perintah kuarantin.

Mereka telah hadir ke balai polis dan soal siasat ke atas kesemuanya mengaku melakukan kunjungan ke Kampung Pulau Tengah untuk memberikan sumbangan kepada rakan yang sedang menjalani tempoh kuarantin di rumah akibat kontak rapat pesakit positif Covid-19.

Adzli berkata, berpandukan gambar yang tular, ketiga-ketiga jururawat itu bersalah kerana melanggar SOP dan dikenakan kompuan sebanyak RM4,000, mengikut Peraturan 9 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Berhubung dengan situasi ini, Adzli menasihati orang ramai agar sentiasa menjaga SOP yang telah ditetapkan bagi mengatasi gejala Covid-19 daripada terus merebak.

Kredit: Sinar Harian