“Tido pukul 3” – ibu sengsara di sekolah, ramai anak cikgu kongsi pengalaman sama
Sebuah perkongsian media sosial TikTok yang dimuat naik kembali ke Twitter menjadi tumpuan netizen hari ini apabila seorang individu yang juga anak kepada seorang guru telah meluahkan perasaan simpati kepada ibunya yang stress gara-gara beban kerja yang banyak di sekolah.
Dalam tangkap layar itu, individu itu berkata ibunya terpaksa berhenti kerja sebagai pendidik berikutan terlalu banyak tanggungjawab yang digalas di sekolah.
Ada satu akaun TikTok ni anak kepada seorang guru, mengeluh kerana ibunya diberi terlalu banyak tanggungjawab sekolah sampai terpaksa berhenti kerja. Baca dekat komen lagi ramai anak cikgu mengadu benda yang sama 😢 pic.twitter.com/HTGkA5pL0Y
— Junsu (@JunsuSyhn) August 21, 2022
Lebih mengejutkan, di ruangan komen, terdapat beberapa anak guru mengadu akan hal yang sama.
Bila kenang balik macam mana ibu aku buat kerja, kalah aku yang muda. Pukul 3 pagi lagi dah tanda buku. Sampai ada satu masa tu pengsan kat sekolah.
Kata netizen yang sesetengahnya merupakan seorang pendidik di sekolah, mereka keliru dengan tugas sebenar kerana kadang-kala terpaksa membuat urusan dan kerja yang tiada kena mengena dengan ‘job scope’ seorang guru.
Ya betul. Aku kadang keliru job scope aku apa benda. Menyelenggara fail, mengajar, pastu buku itu ini nak kena tanda. Tak boleh bagi gagal pulak tu.
Dalam pada itu, ada yang menyalahkan sistem pendidikan yang bercelaru selain tenaga pengajar yang tidak mencukupi bagi menampung keperluan guru di sekolah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.