Tidak bertudung masa buat persembahan di Pub, ini jawapan dari Ashira

Tidak bertudung masa buat persembahan di Pub, ini jawapan dari Ashira

 

Bekerja sebagai penyanyi di restoran pub setiap hujung minggu, penampilan Ashira Aziz dilihat tidak lagi mengenakan tudung menimbulkan pertanyaan dalam kalangan peminat.

Menjawab kekeliruan itu, Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 37, meminta orang ramai tidak menjadikan hal tudung sebagai isu kerana sebelum ini dia tidak pernah mengumumkan sudah berhijab penuh.

“Saya tidak pernah beritahu bahawa sudah memakai tudung sepenuhnya. Sebelum ini apabila tampil bertudung saya hanya mohon doa supaya ia berkekalan. Sekarang memang saya on and off bertudung.

“Dalam aktiviti harian pun, ada ketika saya keluar rumah tidak memakai tudung. Kalau dilihat cara pemakaian tudung saya pun masih belum sempurna lagi.

“Mungkin disebabkan saya jarang berkongsi gambar atau video aktiviti harian menyebabkan orang ramai keliru,” katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, bekas peserta program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) ini menolak dakwaan penampilan tidak bertudung itu adalah demi memenuhi tuntutan kerja sebagai penyanyi di restoran berkenaan.

Ashira mohon doa agar menjadi lebih baik.

Dalam hal ini, Ashira berkata soal berhijab adalah pilihan masing-masing dan terpulang kepada orang ramai untuk menilai penampilan tersebut.

“Bukan kerana menyanyi di tempat sebegitu saya perlu membuka tudung. Ada juga masanya saya tampil berhijab semasa membuat persembahan di sana.

“Soal berhijab ini bagi saya bergantung atas diri sendiri. Semestinya saya mahu menjadi seorang yang lebih baik suatu hari nanti, cuma mungkin saya belum sempurna.

“Kalau saya tampil berhijab dan menyanyi di tempat sebegitu pasti akan ada orang mengata juga,” ujarnya.

Ashira terkilan usaha cari dana RM30,000 bertanding di AS dipertikai, kait pula hal rumah tangga dan kesempitan hidup

PERASAAN teruja bakal mewakili Malaysia di Champianship of Performing Arts (WCOPA) terbantut apabila usaha penyanyi Ashira mengumpul dana dipertikaikan segelintir pihak.

Kata mereka tindakan Ashira mencari dana berjumlah RM30,000 untuk persiapan dan perbelanjaan ke Amerika Syarikat itu dianggap netizen sebagai buang masa.

Malah, segelintir netizen mencadangkan agar penyanyi itu menggunakan dana berkenaan untuk menampung kehidupan sehariannya yang kini berdepan kesukaran hidup.

Bagaimanapun Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 37, menjelaskan kenyataannya sebelum ini bagi mencari dana itu telah disalah tafsir netizen.

Isteri kepada penyanyi Bad Indigo ini berkata, dia tidak mengharapkan sumbangan orang ramai sebaliknya memohon dana daripada persatuan atau badan korporat yang sudi menaja perbelanjaannya.

Ashira terkilan kisah rumah tangga bersama Bad Indigo menjadi bualan

“Orang mudah salah faham dan buat cerita tanpa tahu perkara sebenar.

“Takkan saya nak minta duit daripada orang ramai. Saya dan juga beberapa wakil Malaysia lain cuba untuk memohon dana daripada mana-mana persatuan atau badan untuk menampung kos ke sana.

“Dana tersebut bukanlah untuk perbelanjaan saya shopping, tetapi akan digunakan untuk bayaran menyertai WCOPA, tiket penerbangan dan penginapan di sana,” ujarnya kepada mStar.

Pada Isnin lalu, Ashira memaklumkan terpilih mewakili Malaysia ke pertandingan bertaraf dunia WCOPA di Amerika Syarikat pada Julai depan.

Hal berkaitan keluarga adalah kisah peribadi dan biarlah saya simpan sendiri

Dalam pada itu, Ashira juga terkilan apabila sesetengah pihak turut mengaitkan usaha itu dengan kesempitan hidup dalam rumah tangganya.

Bagi Ashira, kisah peribadi yang dilaluinya tidak perlu dipersoalkan dan cukuplah hanya dia sahaja yang menanggung susah atau senang hidup berkeluarga.

“Saya baca komen yang bercakap tentang kisah rumah tangga saya. Memang rasa sedih.

“Bagaimanapun tak perlulah saya bercerita lanjut. Mereka tidak rasa apa yang saya lalui selama ini.

“Hal berkaitan keluarga adalah kisah peribadi dan biarlah saya simpan sendiri,” katanya.

Terdahulu menerusi ruangan forum hiburan, rata-rata netizen membantah usaha Ashira itu kerana menurut mereka ia sesuatu yang sia-sia.

“Kasihan… RM30,000 tu lebih baik guna untuk sara diri dan suami. Ambil tahu tentang keutamaan la. Orang tahu keadaan awak macam mana.

“Kalau tak menang dapat bawa balik hadiah apa? Trofi dan sijil je ke? Tak payahlah. Kalau ada RM30,000 tu baik usahakan bisnes kecil-kecilan supaya duit tu berkembang.

“Kalau menang pun berapa tahun je nama kau dijulang-julang? Lagi la dengan kesuraman industri hiburan sekarang ni, setahun dua lagi merudum balik dik. Cari la sesuatu yang lain untuk survival hidup,” kata beberapa netizen.

Akan mewakili Malaysia ke WCOPA di Amerika Syarikat yang dijadualkan pada Julai nanti

Bercerita lanjut tentang usaha mengumpul dana ke AS, Ashira memberitahu belum mendapat sebarang maklum balas meskipun sudah menghantar beberapa permohonan.

Kata Ashira dia memerlukan dana secukupnya sebelum akhir Mac ini bagi pengesahan tempat di WCOPA.

“Saya bersama peserta lain perlu menghantar segala dokumen sebelum hujung Mac ini.

“Jika tiada rezeki dan gagal mengumpul dana secukupnya saya reda tidak berpeluang ke sana walau dalam hati sangat mahukan peluang ini.

Selain Ashira, penyanyi lain yang akan bertanding bagi kategori senior vocal adalah Pija Mentor, Thalia Rasul dan Erul Samah.