Tidak ada yang terselamat, lelaki menagis terkenang anak dan isteri dalam pesawat

Tidak ada yang terselamat, lelaki menagis terkenang anak dan isteri dalam pesawat

Ibarat mengimbau kembali duka lama yang pernah berlaku pada rakyat Malaysia satu ketika dulu, semalam satu pesawat jenis Boeing 737 milik China Eastern Airlines telah dilaporkan terhempas sewaktu dalam perjalanan dari Bandar Kunming ke Guangzhao. Malah kejadian yang berlaku sekitar pergunungan itu turut sempat dirakam beberapa pengguna jalan raya serta masyarakat sekitar.

 

Tiada Yang Terselamat, Lelaki Menangis Kenangkan Anak & Isteri Dalam Pesawat 2

Tiada Yang Terselamat, Lelaki Menangis Kenangkan Anak & Isteri Dalam Pesawat 3

Beberapa orang penduduk sempat hampiri lokasi…Jumpa serpihan badan pesawat

Pesawat yang baru berusia 6 tahun tersebut dikatakan telah terputus hubungan dengan menara kawalan ketika di atas Bandar Wuzhou. Selepas kejadian berlaku, beberapa orang penduduk yang menghampiri lokasi sempat merakam kesan serpihan dari badan pesawat yang diyakini sudah pun musnah.

 

@simplywidy

following the incident from the crash the rescue team and army came together to search #boeing737 #mu5735 #chinaeasternairlines

♬ My Everything – hiii •ᴗ•

Tiada Yang Terselamat, Lelaki Menangis Kenangkan Anak & Isteri Dalam Pesawat 4

Tiada Yang Terselamat, Lelaki Menangis Kenangkan Anak & Isteri Dalam Pesawat 5

Tiada Yang Terselamat, Lelaki Menangis Kenangkan Anak & Isteri Dalam Pesawat 6

Luluh hati bapa tak dapat tahan menangis…Anak dan isteri turut tak selamat

Melihatkan keadaan tersebut, pasukan mencari dan menyelamat percaya kesemua seramai 123 penumpang termasuk 9 orang kru tidak terselamat dalam nahas terburuk itu. Menerusi satu rakaman yang tular di TikTok, seorang lelaki dilihat tidak dapat menahan tangisannya selepas mengetahui berita berkenaan. Rupa-rupanya, difahamkan isteri dan juga anaknya turut berada dalam pesawat tersebut.

 

@eifin828

#mu5735 #fyp 😭😭

♬ original sound – eifne828 – eifne828

Berita-berita macam nilah buat lagi ramai fobia naik kapal terbang…Takziah buat keluarga yang ditinggalkan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen cukup sebak melihat update mengenai insiden tersebut. Malah mereka juga tidak dapat membayangkan perasaan jika berada dalam situasi sama seperti lelaki berkenaan.

Tiada Yang Terselamat, Lelaki Menangis Kenangkan Anak & Isteri Dalam Pesawat 7