“Tiba-tiba peluk ayahnya & minta diajar Syahadah”, Dicemburui ramai, kisah kematian Aishah Bahar

“Tiba-tiba peluk ayahnya & minta diajar Syahadah”, Dicemburui ramai, kisah kematian Aishah Bahar

Tiada apa yang lebih bermakna selain mengakhiri hidup di dunia ini dengan sebaik-baik kematian atau dalam keadaan husnul khatimah. Dengan iringan doa dan amalan kebaikan yang sering dilakukan semasa hidup, InshaAllah, ia pasti akan dibalas dengan sebaik dan selayaknya.

Baru-baru ini, tular kembali kisah mengenai seorang gadis yang meninggal dunia dalam keadaan melakukan ibadah.

Dilaporkan meninggal dunia pada tahun 2018, Aisyah Bahar yang berasal dari Kabupaten Bone dekat Makassar, Sulawesi Selatan menghembuskan nafas terakhirnya ketika membaca Al-quran.

Aisyah yang berusia 22 tahun pada ketika itu sememangnya dikenali sebagai seorang gadis yang cantik, bijak dan taat beragama.

Bangun solat malam dan berpuasa sunat

Gambar Via Liputan

Bapa kepada Aisyah, Andi Bahar Jufri , mengatakan bahawa anaknya sempat untuk bangun menunaikan solat pada waktu malam sebelum meninggal dunia. Allahyarhamah juga sedang berpuasa sunat pada ketika itu.

“Setelah solat, dia sempat bersahur. Dia selalu berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis,” katanya.

Pada ketika itu, anak perempuannya itu masih lagi berada dalam keadaan baik dan sempat pergi ke masjid untuk menunaikan solat subuh berjemaah.

Minta dibimbing baca dua kalimah syahadah

Gambar Via Liputan

Selepas solat subuh, Aisyah kemudian membaca Al-quran dan telah meminta bapanya memperbetulkannya jika bacaannya salah. Tidak lama selepas itu, dia tiba-tiba memeluk bapanya dan meminta  diajarkan dua kalimah syahadah, selepas itu dia disahkan meninggal dunia.

Punca kematiannya tidak diketahui tetapi Aisyah pernah mengadu bahawa dia sering sakit kepala.

Pada hari dia meninggal dunia, ia merupakan hari pertama Aisyah memulakan kerja sebagai pegawai di makmal Universiti Hasanuddin.

Dua abang turut meninggal dunia ketika sedang solat

Kematian Aisyah ini juga menyingkap mengenai pemergian dua abangnya yang dikenali sebagai Andi Ibrahim dan Andi Astri yang meninggal terlebih dahulu sebelum Aisyah.

Andi Ibrahim meninggal dunia pada bulan Ramadhan tahun 2009 dalam keadaan bersujud ketika mengerjakan solat sunat Tasbih.

“Dia meninggal dunia ketika mengerjakan solat sunat Tasbih pada bulan Ramadhan tahun 2009. Kematiannya menjelang Hari Raya,” kata Jufri.

Sementara itu, Andi Astri pula yang merupakan anak kedua meninggal dunia pada tahun 2011 ketika bersolat pada waktu malam, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir semasa tahiyat akhir.

Gambar Via Liputan

Pemergian ketiga-tiga beradik tersebut sememangnya berat untuk dihadapi oleh Jufri dan isterinya tetapi mereka juga percaya bahawa Allah mempunyai rancangan yang lebih baik.

Perasaannya bercampur baur, di antara gembira dan sedih apabila melihat anak-anaknya meninggal dunia dalam keadaan melakukan ibadah.

“Saya sedih dan gembira melihat anak-anak saya mati dalam keadaan menyebut nama Allah. InshaAllah, mereka semua husnul khatimah,” katanya.

Ramai yang memuji mengenai didikan agama yang diberikan oleh Jufri dan isterinya kepada anak-anak mereka sehingga meninggal dalam keadaan yang amat mulia.

https://youtu.be/eDXeJldWOkw

 

Sumber: Liputan 6Tribun news

COMMENTS