Tiada siapa pernah nampak..,” Jerung ‘paling lasak’ ditemui dengan penuh parut & kesan calar

Tiada siapa pernah nampak..,” Jerung ‘paling lasak’ ditemui dengan penuh parut & kesan calar

Imej yang luar biasa menjadi tular memaparkan ikan jerung putih ‘paling lasak’ di dunia dilihat penuh kesan gigitan dan parut di seluruh badannya. Ikan jerung putih tersebut dijumpai berhampiran dengan Pulau Neptune di Australia Selatan yang dikatakan tempat tinggal hampir 1000 ekor jerung putih.

Seorang sinematografer bawah air, Dean Spraakman telah mengambil beberapa gambar dalam ekspedisinya pada Januari lalu. Menurutnya, haiwan pemangsa tersebut berukuran 11 kaki itu sangat ‘peramah’. Kumpulan ekspedisinya juga tidak pasti apa yang menyebabkan kesan parut dan gigitan yang terdapat di badan jerung putih tersebut.

Gambar: Sea Dragon via Mirror

Mereka memberitahu bahawa ini pertama kali mereka lihat seekor jerung yang banyak kecederaan di badan dan menganggap bahawa kecederaan tersebut mungkin kerana ianya terperangkap pada kipas bot atau kandang tuna.

“Tiada orang yang pernah nampak jerung dalam keadaan begitu,” kata Dean.

Tambah Dean lagi “Kita hanya boleh mengagak apa yang terjadi di sana dan sebenarnya tiada siapa yang tahu apa yang menyebabkan kecederaan tersebut pada jerung itu. Tapi saya lihat jerung putih tersebut berada dalam kesakitan.”

 

Seorang pengkaji National Geographic Profesor Yannis Papastamatiou turut membuat spekulasi bahawa kesan cedera tersebut akibat dari pertempuran dengan jerung-jerung yang lain.

Gambar: Sea Dragon via Mirror

Menurut Mirror, jerung putih ini merupakan ikan pemangsa paling besar di dunia. Mereka juga dikatakan tidak mengunyah dan hanya menelan makanan mereka walaupun mempunyai 300 gigi.