‘Tiada orang ketiga’, Nad Zainal minta henti spekulasi punca perpisahan
Khabar penceraian pelakon terkenal, Nad Zainal, 32 hujung minggu lalu benar-benar mengejutkan banyak pihak.
Mana tidaknya, perkahwinan dengan Muhammad Faliq Amiruddin yang sudah menjangkau usia 7 tahun bubar selepas mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.
Namun begitu, Nad memaklumkan masih berkawan rapat dengan bekas suami demi memastikan anak-anak mendapat kasih sayang sepenuhnya.
Konon beri bayangan tentang rumah tangga
Akan tetapi, sejak beberapa hari kebelakangan ini, tular kembali video temubual Nad Zainal bersama wartawan ketika dia mengulas tentang drama lakonannya dalam Dendam Seorang Isteri.
Ramai pihak mengatakan kenyataan yang dibuat oleh Nad pelakon itu seolah-olah memberi bayangan tentang keadaan rumah tangganya.
Video bila ni?
Ada juga pihak memberi bayangan seperti wujud kecurangan dalam rumah tangga pasangan tersebut sebelum masing-masing mengambil keputusan untuk berpisah.
@rubyyongarshad Semoga dipermudahkan Allah buat @Nad Zainal #cintaabadikepadaAllahsemata #kitapelakondunia #bahagiabolehdicari #satupegisepuluhmari
Minta henti buat spekulasi
Walau bagaimanapun menerusi muat naik terbaru Nad atau mana sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, dia menafikan sekeras-kerasnya tentang spekulasi yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu serta netizen.
Dia meminta orang ramai berhenti mencanang berita tidak sahih tersebut kerana dia berasa terganggu dengan spekulasi berbangkit itu.
Jelasnya, tiada orang ketiga dalam penceraian mereka dan apa yang terjadi biarlah hanya dia dan bekas suami sahaja yang tahu.
“Please stop.
Tiada orang ketiga…tiada…apa yang terjadi tidak perlu dikongsi. Tiada apa yang perlu diambil sebagai contoh….lets move on” tulisnya.
Terus kuat Nad!
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang telah memberikan komen berhubung luahan yang dibuat oleh Nad Zainal apabila video temubualnya dimanipulasi sehingga ada yang membuat spekulasi tentang punca penceraiannya.
Susulan daripada itu, rakan artis serta para peminat telah memberikan kata-kata semangat serta berharap supaya pelakon itu tabah dan kuat menjalani kehidupan akan datang.
“Dah tak ada jodoh, tak perlu nak sedih lama2”
“Jangan sampai netizen kena kurung!”
Tak semua punca penceraian kena beritahu
InsyaAllah bahagia bakal menyusul
Sumber: Instagram nad.zainal, Hlive, TikTok rubyyongarshad