“Tiada istilah merajuk” Ungku Ismail kembali kongsi perkembangan terkini Nad Zainal

“Tiada istilah merajuk” Ungku Ismail kembali kongsi perkembangan terkini Nad Zainal

ATAS permintaan peminat, pelakon Ungku Ismail kembali berkongsi perkembangan kesihatan Nad Zainal yang masih lagi menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Selangor.

Kata Ungku, dia menerima banyak mesej daripada peminat yang ingin mengetahui keadaan terkini aktres itu yang membuatkan dia terbuka hati untuk kembali berkongsi perkembangan terbaharu.

“Pertama saya nak jelaskan tentang merajuk atau sentap, tiada istilah itu. Saya hanya menggunakan akal saya untuk kawal situasi seperti itu.

Ungku Ismail kongsi perkembangan Nad Zainal.

“Apabila situasi sudah terpesong dan salah, saya minta orang berdoa tapi orang lebih nak bercerita pasal hubungan dan kerjaya sedangkan perkara itu tidak sepatutnya berlaku. Saya hanya nak mengingatkan semua orang bahawa ini adalah perkongsian mengenai keadaan Nad Zainal sahaja tiada benda lain,” katanya.

Ungku Ismail berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi akuan Instagram miliknya.

Dalam pada itu, pelakon berusia 36 tahun itu juga meminta agar semua netizen menghormati dan menjaga mulut agar tidak menggores hati kedua ibu bapa Nad Zainal yang sedang bimbang mengenang keadaan anak mereka.

“Apabila nama ibu bapa Nad pun terpalit sama ini, saya pun tak suka… cubalah hormat mereka ada anak tunggal yang sedang berada di ICU.

“Saya tahu awak mulut lancang tapi sekurang-kurangnya bagi ibu bapa Nad ruang jangan peningkan kepada mereka. Story dan komen akan sampai pada mereka dan saya tidak suka datang dengan keadaan macam itu,” katanya lagi.

Bimbang ada peminat salah faham tentang keadaan Nad, Ungku memaklumkan bahawa pelakon berusia 32 tahun itu ditidurkan agar lebih mudah doktor untuk merawatnya.

Saya hanya nak mengingatkan semua orang bahawa ini adalah perkongsian mengenai keadaan Nad Zainal.

UNGKU ISMAIL

PELAKON

“Nad bukannya tidak sedar secara tiba-tiba, dia diberi ubat iaitu tidak boleh bergerak dan ubat tidur oleh doktor untuk baik pulih tubuh badannya terutama paru-paru dia.

“Kalau doktor hentikan dua ubat ini Nad Zainal akan bangun. Saya takut ada yang salah faham yang mana Nad tertidur sendiri dan tak bangun tapi doktor rehatkan dia,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ungku memaklumkan Nad mula menunjukkan perkembangan positif dan masih lagi memerlukan pemantauan rapi daripada pakar perubatan.

Nad Zainal direhatkan agar mudah doktor merawat.

“Setiap hari ada perkembangan kecil tetapi postif namun kadang-kadang ada keadaan oksigen atau tekanan darah naik turun. Tiga hari lepas doktor dah kurangkan ubat dan dia boleh buka mata… gerakkan tangan dan angguk. Mula-mula dia macam cemas tapi bila dia sedar dia dalam hospital dia boleh bertenang.

“Tapi Nad masih lagi dalam ICU dan itu bermaksud dia masih kritikal. Kita tak boleh gembira sangat, apa yang kita harapkan paru-paru dia sembuh dan doktor cabut mesin penafasan apabila paru-parunya kuat.

“Selagi tak cabut saya masih tak keruan, ibu bapa Nad apatah lagi walaupun mereka nampak tenang tapi tentu risau anak tunggalnya,” katanya yang memohon agar peminta terus mendoakan aktres tersebut.