Tiada duit & kerja, Amber Heard dilamar berlakon filem porno?

Tiada duit & kerja, Amber Heard dilamar berlakon filem porno?
Nama Amber Heard dan Johnny Depp memang mendominasi ‘carta’ pemberitaan dari serata dunia sepanjang tahun ini.
Jika tidak mengenai perkembangan terkini kes mahkamah mereka yang sepatutnya sudah selesai tetapi masih mahu diperpanjangkan, ia pasti mengenai kehidupan peribadi mereka.
Terkini, media antarabangsa melaporkan Heard telah menerima tawaran dari sebuah agensi, Zen Models untuk terbabit dalam filem dewasa atau porno.
Berita itu pertama kali dilaporkan oleh media massa dari Australia, Pop Topic yang mendakwa Heard telah ditawarkan untuk menjadi bintang dalam sebuah filem porno dengan habuan lumayan.
“Kami telah dihubungi beberapa tawaran dari pembikin filem porno yang berminat menawarkan pekerjaan buat Heard terlibat dalam industri karya untuk orang dewasa ini,” kata Presiden Agensi, Veronica Madarian.
Portal Marca melaporkan Heard ditawarkan sebanyak RM40 juta untuk terbabit dalam filem yang menggunakan nama High Voltage.
Tawaran tersebut juga didakwa sebagai salah satu jalan untuk ‘membantu’ Heard keluar dari masalah kewangan yang meruncing termasuk tidak mampu membayar pampasan kepada bekas suaminya, Depp sekitar RM45 juta setelah tewas dalam saman fitnah yang dikemukakan aktor tersebut.
Madarian juga mengatakan pihak agensi berharap Heard memberi jawapan positif terhadap tawaran yang diberikan sekaligus mampu mengurangkan beban kewangan yang ditanggungnya dan kekurangan projek kerja selepas perseteruan yang cukup buruk dengan Depp.
Bagaimanapun sehingga artikel ini ditulis, pihak Heard belum memberi sebarang respons mengenai spekulasi tawaran dirinya untuk berlakon dalam filem porno.