Tetamu hanya selit tisu jamban dalam sampul duit, tuan rumah terguris hati

Tetamu hanya selit tisu jamban dalam sampul duit, tuan rumah terguris hati

 

Mungkin tak semua majlis perkahwinan melakukan adat ini, kerana ada sesetengah keluarga lebih suka untuk sekalikan saja dengan acara kesyukuran dan berniat untuk jamu semua tetamu. Namun banyak tempat masih lagi mengamalkan tradisi ‘salam keruk’ atau dengan bahasa mudah ‘salam kaut’, di mana hadirin datang dengan menghulurkan sampul berisi wang.

Tergantunglah nak beri berapa pun, kira macam hormat dan faham tuan rumahlah

Tiada nilai tetap untuk setiap sampul yang diberikan kepada tuan rumah tersebut, namun lazimnya para tetamu pasti faham sumbangan diberikan sedikit sebanyak dapat bantu meringankan sedikit kos ditanggung. Barangkali ada yang meletakkan RM5-RM10, terkadang bergantung kepada berapa orang ahli keluarga yang dibawa sekali menghadiri dan makan di majlis berkenaan.

 

Kita niat adakan majlis atas sebab kongsi rezeki dan kita mampu…Tapi jangan buat macam ni…Terguris hati tuan rumah

Namun lain pula yang terjadi pada seorang individu ini selaku tuan rumah apabila mula mengumpulkan isi sampul diperolehi pada hari berkenaan. Salah satu daripadanya malah terisi dengan lipatan tisu semata-mata. Jelasnya lagi, memang sebagai ‘penganjur’ majlis tidaklah mengharapkan apa-apa dan terima saja yang diberikan. Namun perbuatan tersebut bagaimanapun membuatkan hatinya sampai terguris.

@uncle_susu

Kita niat adakan apa apa majlis, atas sebab kita kongsi rezeki dan kita mampu. Insaallah kita tak harapkan apa-apa dari mereka.dia orang nak bagi kita terima. Tapi..jgn buat macam nii..TERGURIS hati tuan rumah.

♬ Sound Sedih Fyp – ASBUN

Berbalik pada tujuan kita undang tetamu untuk apa…Adakah untuk jamu tetamu atau mengharap pulangan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut kecewa dengan tindakan tetamu yang seperti itu selain turut menyifatkan mereka sebagai ‘kurang sopan’. Namun ramai juga lebih menasihati pihak tuan rumah untuk bersangka baik jika ‘tetamu’ tersebut berkemungkinan memang tiada duit waktu itu dan enggan salam kosong sahaja.

Kredit: TikTok uncle_susu