“Terus sold out” Anwar Ibrahim raih perhatian, gunakan pen berharga RM3 untuk tandatangan warkah pelantikan

“Terus sold out” Anwar Ibrahim raih perhatian, gunakan pen berharga RM3 untuk tandatangan warkah pelantikan

Sejarah baru telah tercipta semalam apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10. Semalam juga menyaksikan PM10 ini mengangkat sumpah di Istana Negara pada sekitar jam 5 petang.

Semasa istiadat angkat sumpah dijalankan, Anwar Ibrahim meraih perhatian selepas beliau dilihat membawa pen sendiri untuk menandatangani warkah pelantikan.

Perkara itu turut dikongsikan di Twitter di mana rata-rata netizen tertanya-tanya tentang pen yang digunakan oleh Perdana Menteri ke-10 ini sehinggakan ada yang menyangka ia adalah pen ‘custom made’ dibuat khas untuknya.

Namun sebenarnya, pen yang digunakan bukanlah ‘custom made’ seperti yang didakwa sebaliknya hanyalah pen biasa yang bernilai RM2.35 di pasaran.

 

Perkongsian tersebut turut menarik perhatian netizen dan ramai juga yang turut berminat ingin membelinya untuk mengetahui sama ada ianya selesa untuk digunakan.

Berdasarkan tinjauan di media sosial, pengguna tegar jenama pen tersebut mengaku pen itu sememangnya selesa walaupun harganya murah.

Dalam masa yang sama, netizen turut berseloroh berharap pen tersebut tidak akan ‘sold out’ di pasaran selepas ianya tular digunakan oleh Perdana Menteri ke-10 ini.

Sebelum ini juga, Anwar Ibrahim menjadi bualan selepas membawa bungkusan ‘popcorn’ di luar pejabatnya dan diberikan kepada pengamal media.

Susulan dari itu, ramai yang turut berminat mahu membeli ‘popcorn’ dari panggung wayang tersebut dan ia turut menjadi kata kunci ‘trending’ di Twitter.