Teruk dikecam netizen Malaysia di media sosial, Shinji Nakano akhirnya terpaksa mohon maaf

Teruk dikecam netizen Malaysia di media sosial, Shinji Nakano akhirnya terpaksa mohon maaf

 

Gara-gara dikecam dan dimaki dengan teruk oleh netizen Malaysia, pelumba Jepun, Shinji Nakano membuat permohonan maaf.

Tindakan netizen Malaysia yang meninggalkan pelbagai jenis komen yang dianggap buli siber terhadapnya membuatkan Shinji meminta maaf kepada semua. 

Shinji juga turut memohon agar netizen tidak membabitkan keluarganya dalam hal berkaitan kemalangan bersama Shah Firdaus ketika perlumbaan final keirin baru-baru ini.

Saya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia atas kesilapan saya. Saya juga mohon jangan menghina nama keluarga saya. Saya yang bertanggungjawab (dalam hal ini) dan jangan libatkan keluarga saya.

Sementara itu, ramai menganggap tindakan netizen menghentam sehingga ada yang melontarkan kata-kata kesat terhadap Shinji itu memalukan.

Menerusi ruangan komen, pelbagai jenis komen, sindiran, makian dan kritikan dilontarkan oleh sebilangan rakyat Malaysia yang masih menyimpan rasa marah dengan kekalahan pelumba negara, Shah Firdaus Sahrom.

Sangat-sangatlah tak matang. Berita di Jepun walaupun beritahu salah Shah masuk laluan pelumba dari Jepun, mereka berhenti sampai di situ sahaja. Tak dengar cerita pula mereka serang IG Shah. Jika pelumba kita melanggar pelumba lain, agak-agak apa reaksi kita? Pelumba kita tak salah? Adan uka?

Tambah individu ini, tindakan netizen menyerang Shinji di media sosial itu merupakan satu perbuatan yang boleh mencalarkan imej dan maruah negara serta agama.