“Teruja nak rentas negeri?”- Ini pesanan daripada Mira Filzah

“Teruja nak rentas negeri?”- Ini pesanan daripada Mira Filzah

Pelakon Mira Filzah menerusi Instagram Story miliknya ada menitipkan sedikit pesanan buat mereka yang teruja untuk memulakan perjalanan rentas negeri susulan daripada pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri semalam.

Ujar Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman,28, dia berharap agar orang ramai menggunakan peluang ini sebaiknya dan sentiasa menjaga diri agar kes positif COVID-19 tidak kembali meningkat.

Alhamdulillah tapi jaga diri okey. Jangan sampai kes naik semula. Tolonglah. Jadilah rakyat yang bertanggungjawab.

Dia dalam pada itu turut memohon kepada orang ramai agar menjalani ujian RTK sebelum pergi dan setelah pulang daripada perjalanan mereka.

 

Mira Filzah IG storySumber : Instagram Mira Filzah  

 

Hendak pergi mana-mana, lakukanlah ujian RTK-Ag sebelum dan bila sudah pulang.

Terdahulu, rakyat Malaysia menerima hadiah istimewa daripada kerajaan apabila Perdana Menteri mengumumkan kebenaran untuk merentas negeri mulai hari ini setelah hampir 2 tahun ianya tidak dibenarkan.

 

SUMBER : Instagram Mira Filzah