Tertekan dengan kerja & PdPR, ibu tunggal sanggup pukul anak sehingga lebam

Tertekan dengan kerja & PdPR, ibu tunggal sanggup pukul anak sehingga lebam

Sejak pandemik COVID-19 melanda negara kita, para guru terpaksa meneruskan sesi pembelajaran bersama pelajar melalui Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Namun, ibu bapa juga turut memainkan peranan masing-masing walaupun perlu bekerja dan dalam masa yang sama perlu memastikan agar anak mereka tidak tertinggal ketika sesi pembelajaran berlangsung.

Ibu tunggal tertekan dengan PdPR

Sekadar gambar hiasan

Menerusi kisah yang dikongsi oleh Mohd Fadli Salleh di akaun Facebook, mengisahkan seorang ibu tunggal yang terpaksa berusaha dengan keras untuk bekerja demi meneruskan kehidupan dan banyak komitmen serta hutang perlu dilangsaikannya. Apabila bekerja dalam keadaan yang tertekan, maka anaknya pula yang menjadi tempat melepaskan geram. Hendak diharapkan bekas suami tetapi dia pula tidak bertanggungjawab.

Akibat daripada terbeban dengan kelas PdPR, wanita berkenaan menjadi stress, namun dia masih mencuba untuk mengajar anaknya dengan baik di rumah walaupun badannya sudah penat.

Dengan bebanan hutang, bebanan masalah, tekanan keperluan anak belajar PdPr, dia mengajar dalam stress dan marah. End up, anak itu dipukul hingga lebam. Sebelum akhirnya dia sedar, dia lakukan kesilapan.

‘Biar anak tidak pandai, asal jadi anak yang baik’

Sekadar gambar hiasan

Sejak daripada peristiwa itu, wanita berkenaan nekad untuk menjadi ibu yang lebih baik untuk anaknya itu setelah melihat anaknya yang sering membantunya. Menurut Fadli, dia berasa sebak apabila membaca kisah ibu tunggal berkenaan kerana si cilik itu merupakan anak yang baik, namun menjadi mangsa pukul gara-gara si ibu tertekan dengan PdPR yang anaknya tidak mampu mengikuti.

Guru sekolah kanak-kanak berkenaan menghubungi ibunya kerana risau si cilik itu menghadapi masalah pada motor skills. Hal ini kerana saiz tulisannya agak besar dan teruk. Guru tersebut turut memaklumkan agar kanak-kanak berkenaan perlu dirujuk ke doktor pakar.

Tapi dalam hati saya salahkan diri sendiri sebab tak luangkan masa untuk fokus pada pelajaran anak. Mula dari situ setiap malam saya ajar anak saya menulis.

Bila kita penat layan kerenah anak, emosi saya jadi sangat teruk. Saya stress dan pernah suatu malam saya ketuk jari-jari anak sampai merah dan lebam hanya kerana tulisan tak elok.

‘Tolong pentingkan emosi dan kesihatan mental anak-anak’

Sekadar gambar hiasan

Susulan itu, Fadli berharap agar ibu bapa di luar sana supaya tidak terlalu tertekan dalam membantu mengajar anak-anak ketika PdPR. Jangan disebabkan PdPR, anak-anak menjadi mangsa untuk lepaskan stress sehingga tergamak memukul anak-anak.

Biar lah anak kita sedikit tertinggal pun dalam pelajaran asbab ketidakmampuan kita mengajar dan atas pelbagai kekangan kita sebagai ibubapa, tak usah stress. Jangan sampai ‘mendera’ dan memukul anak-anak. Jangan lepaskan semua tekanan, stress dan kepenatan itu dengan marah dan pukul anak-anak kita.

Jelasnya lagi, ibu bapa juga dinasihatkan supaya menjaga emosi dan kesihatan mental anak-anak kerana ianya sangat penting selain memberi kesan yang besar kepada kehidupan mereka.

Tertekan dengan kerja dan PdPR

Sumber : Mohd Fadli Salleh