“Terpaksa tunggu semalaman”, Wanita sedih tak dapat kebumikan jenazah anak kerana kesempitan hidup

“Terpaksa tunggu semalaman”, Wanita sedih tak dapat kebumikan jenazah anak kerana kesempitan hidup

Seorang wanita terpaksa menunggu semalaman untuk menguruskan jenazah bayi lelakinya yang berusia tiga bulan kerana kesempitan hidup. Menerusi laporan Harian Metro, bayi tersebut dipercayai meninggal dunia akibat demam panas.

Remuk hati ibu

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sebuah rumah setinggan Kampung Bangau-Bangau, Semporna, Sabah dan disedari seorang sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan, Rumah Ngaji. Menurut Pengasas Rumah Ngaji, Laili Basir, tiga orang ustaz di kawasan kampung berkenaan termasuk pihaknya sendiri telah membantu menguruskan jenazah bayi berkenaan.

Tambah Laili, bayi tersebut selamat dikebumikan kira-kira pukul 1.30 tengah hari. Berbicara mengenai keadaan ibu kepada bayi tersebut, wanita itu dilihat berada dalam keadaan trauma.

Sumber: Harian Metro