Termenung dan nangis, kelakuan bapa tunggu anak balik di hari raya undang sebak

Termenung dan nangis, kelakuan bapa tunggu anak balik di hari raya undang sebak

Sejak tahun lalu kita sudah perlu menerima hakikat bahawa pandemik Covid-19 yang melanda dunia membuatkan kita semua perlu sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.

Malah pelbagai peraturan selepas memakai mask dan menjaga jarak juga sudah lebih setahun kita semua perlu menerima norma baru tersebut bagi menghapuskan jangkitan tersebut.

Biarpun begitu, sekali lagi demi tidak membuatkan kes Covid-19 dari terus meningkat, pada hari raya tahun ini juga kita tidak dapat pulang ke kampung merayakan bersama ahli keluarga terutama yang jauh dimata malah dengan peningkatan yang membimbangkan sejak kebelakangan ini, SOP raya juga dikeluarkan dengan lebih ketat iaitu tiada aktiviti ziarah dibenarkan.

Perkara itu, sedikit sebanyak pasti memberikan kesan dan satu perkongsian daripada pengguna TikTok ini tentang ayahnya di Kampung mengundang ramai sangat sebak.

Hari raya

Pengguna TikTok atas nama Farahiylia memaparkan ayahnya yang termenung diluar menunggu kujungan namun raya kali ini sangat berbeza dari sebelum ini dan perkara itu juga menyebabkan ayahnya sedih lalu menangis.

@farahiylia

PAGI TADI ADIK SENT BID NI 😭 SUMPAH AKU SEDIH #SenyumanRaya #awesomedollaraya #FreeFireRaya #pkp #fyp

♬ rintihan rindu – Adek Nurul

Melalui ruangan komen, ramai yang mendoakan agar virus ini cepat-cepat hilang dan ada juga mengakui ayah mereka juga menangis disaat membuat video call.