Terlibat kemalangan & isteri maut, mangsa rayu orang awam kongsi rakaman ‘dash cam’

Terlibat kemalangan & isteri maut, mangsa rayu orang awam kongsi rakaman ‘dash cam’

Penggunaan dashcam pada kereta sangatlah penting untuk semua pengguna jalan raya kerana ia boleh dijadikan sebagai bahan bukti sekiranya berlaku kemalangan yang tidak diingini.

Dengan adanya dashcam, boleh dikatakan banyak kes seperti kes kemalangan, kecurian, bencana alam yang berlaku terhadap kenderaan sendiri mahupun kenderaan orang lain dapat diselesaikan dengan begitu mudah.

Terlibat kemalangan yang meragut nyawa isteri

Baru-baru ini, sepasang suami isteri dilaporkan telah terlibat dengan satu kemalangan jalan raya. Apa yang menyedihkan ialah, isteri kepada pemandu tersebut dilaporkan telah meninggal dunia.

Ekoran kejadian itu, suami kepada mangsa, Allan Cham Wei Lun menyeru agar orang awam yang mempunyai rakaman dashcam ketika kemalangan menghubungi dirinya melalui hantaran dibuatnya melalui Facebook.

Sebagaimana yang anda semua ketahui, saya dan mendiang isteri saya terlibat dalam kemalangan maut dan kemalangan ini telah meragut nyawa isteri tercinta saya.

Saya sedang mencari mana-mana pihak yang mempunyai rakaman dashcam yang merakamkan insiden kemalangan di sekitar KM 129.5 (arah Johor Bahru menghala Kuala Lumpur) Lebuhraya Utara Selatan pada waktu lingkungan 5.45 petang, 26 Oktober 2022.

Semoga Tuhan merahmati dan membalas budi baik anda semua. Sekian, terima kasih.

Sehubungan dengan itu, buat mana-mana pengguna jalan raya yang mempunyai rakaman dashcam melibatkan kejadian kemalangan itu, adalah diharapkan untuk anda menghubungi Allan supaya kita sama-sama dapat memudahkan urusannya.

Kredit: Facebook Allan Cham Wei Lun