Terlelap 3 jam, gadis panik kanta lekap melekat dekat bola mata

Terlelap 3 jam, gadis panik kanta lekap melekat dekat bola mata

Siapa yang memakai kanta lekap atau contact lens mestinya tahu ia memerlukan rutin penjagaan dan pemakaian yang sangat ketat. Jika anda leka atau mengambil ringan tentangnya, ia boleh mendatangkan bahaya kepada si pemakai. Seperti yang dikongsikan di dalam video ini apabila kanta lekap yang dipakai gadis ini melekat pada bola matanya.

Semuanya gara-gara dia terlelap selama tiga jam dalam keadaan matanya yang masih memakai kanta lekap itu. Kejadian yang berlaku di Indonesia ini tular dikongsikan di Tik Tok di mana rata-rata netizen turut menyuarakan kebimbangan yang sama. Ramai juga yang pernah mengalami pengalaman yang sama apabila memakai sotf lens yang lebih nipis dari kanta biasa.

@wdh__

omg syok liatnya 😱@fittashalsabilla

♬ SI GOBLOK – Awan limit komen fak

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan gadis tersebut berusaha mengeluarkan kanta lekap itu dari matanya. Namun, usahanya tidak berjaya dan ianya masih lagi melekat pada bola matanya sehingga sukar untuk dicabut. Gadis itu juga kelihatan panik ditambah pula dengan rasa pedih pada matanya tetapi dia tetap berusaha menanggalkannya.

Video tersebut telah menerima lebih sembilan juta tontonan setakat ini di mana rata-rata netizen ada juga yang pernah melalui pengalaman yang sama. Netizen juga turut menasihatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati semasa memakai kanta lekap seperti ini dan tidak cuai. Walaupun proses ini nampak menakutkan, gadis tersebut tetap mencuba berkali-kali sehingga ia berjaya dikeluarkan.