“Terlampau sedih” lelaki ‘broken’ layan nyanyian Fiq Mentor sampai dipapah keluar

“Terlampau sedih” lelaki ‘broken’ layan nyanyian Fiq Mentor sampai dipapah keluar

 

 

 

 

 

Kalau sebut sahaja nama penyanyi ini, mesti ramai yang tertanya-tanya ke mana hilangnya bakat besar dalam industri hiburan ini suatu ketika dahulu. Meskipun seperti sudah lama tidak dengar khabar seni daripadanya, namun Fiq Mentor tetap aktif menerima undangan nyanyian termasuklah Karnival Belia Keluarga Malaysia yang berlangsung di Sandakan, Sabah semalam.

 

1 15

 

Kemunculan Fiq Mentor dalam konsert khas dianjurkan karnival tersebut nyata menggamatkan dan memeriahkan lagi suasana menerusi lagu ikonik serta kemampuan vokal padunya. Namun, tatkala berhibur dengan para peminat, seorang lelaki mencuri tumpuan dengan datang ke arahnya sebelum menangis teresak-esak sambil terduduk di kaki penyanyi tersebut. Apa yang jadi sebenarnya ni?

Menerusi perkongsian seorang lelaki @kopixsusu di laman TikToknya, jelas dapat dilihat yang Fiq masih meneruskan nyanyiannya walaupun ternyata risau dengan keadaan lelaki tersebut sambil cuba untuk bangunkannya semula.

 

@kopixsusu

Sandakan keras boss mental mu ndk kuat auto nangis🤭#viral #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #sadd

♬ bunyi asal – ₭Ø₱ł❌₴Ʉ₴Ʉ – ₭Ø₱ł❌₴Ʉ₴Ʉ

Walaupun telah dipapah ke ruangan penonton, lelaki tersebut masih nampak sedih dan betul-betul menghayati lagu tersebut. Lain macam penangan lagu Fiq ni!

Mesti ada kisah disebalik lagu tu, sampai kena papah

2 13

Menjengah ke ruangan komen, gelagat lelaki berbaju merah tersebut nyata mengundang persoalan netizen. Namun, ramai yang mengandaikan bahawa lelaki tersebut mungkin tengah broken atau mempunyai kenangan silam tertentu apabila mendengar nyanyian Fiq. Yela, sampai kena papah lagi!

 

 

5 8

Sumber: TikTok

Nampak tak? Melalui lagu pun kita auto boleh flashback dan teringat masa lampau!