“Terlalu banyak kenangan bersama” Rossa Sera terkilan rumah RM1.2 juta dijual tanpa pengetahuan

“Terlalu banyak kenangan bersama” Rossa Sera terkilan rumah RM1.2 juta dijual tanpa pengetahuan

 

 

 

 

Hubungan antara pelawak Shuk Sahar dan isteri, Rossa Sera masih menjadi bualan hangat. Ramai yang tertanya-tanya dan keliru dengan status hubungan mereka sehingga kini.

Diminta mengulas status terkini rumah tangga mereka, kata Rossa Sera mereka sebenarnya masih dalam fasa perbincangan dan hanya akan bertemu atas urusan keluarga semata-mata.

“Saya dan Shuk kami masih dalam perbincangan oleh kedua-dua pihak, jadi saya tak boleh nak ulas lanjut. Namun yang pasti kami akan cari jalan yang terbaik untuk kami berdua.

“Anak-anak kerap sahaja berjumpa ayah mereka, cuma saya yang jarang sangat berjumpa.

“Kali terakhir saya berjumpa dengan dia 7 atau 8 bulan yang lalu. Selain itu berkenaan urusan anak-anak kami akan berhubung melalui WhatsApp sahaja.

“Anak-anak memang selalu tanya pasal ayah dia dekat mana, macam sekarang Shuk bekerja di Penang, tapi setiap kali dia datang ke Kuala Lumpur pasti dia akan berjumpa anak-anak,” ujarnya kepada Gempak.

Sera ditemui selepas siaran langsung program popular MeleTOP di Studio 1, Astro Bukit Jalil pada Selasa.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai kediaman bernilai RM1.2 juta yang telah dijual oleh Shuk, Sera akui terkilan apabila dirinya tidak dimaklumkan tentang hal (penjualan rumah) terbabit.

“Sejujurnya berkenaan rumah itu, saya tidak tahu apa-apa dan tak berani untuk memberi komen.

“Sebabnya, sejak tahun lalu selepas saya keluar dari rumah itu saya langsung tidak pernah kembali semula ke rumah itu. Perasaan ni sangat sedih.

“Sejak saya keluar dari rumah itu, saya tidak sanggup untuk melihat rumah itu dan tidak pernah menjejakkan kaki lagi ke situ.

“Terlalu banyak kenangan bersama anak-anak di situ, kami juga pernah memasang impian bersama ketika tinggal di sana, terutamanya tentang anak-anak,” kata Sera sebak.

Difahamkan Sera sebelum ini pernah memfailkan perceraian terhadap Shuk pada November 2021.

Sera dan Shuk telah berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2.

Shuk perlukan wang, nak jual rumah RM1.2 juta

Pelawak dan pengacara popular, Shuk Sahar mahu menjual rumahnya yang terletak di Denai Alam, Shah Alam dengan harga RM1.2 juta kerana memerlukan wang.

Shuk, 37, atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar dalam hantaran video dimuat naik pengguna di TikTok berkata, dia perlu menjual rumah itu bagi meneruskan kehidupan dan memulakan sesuatu yang baharu.

“Saya memang perlukan duit untuk teruskan kehidupan dan mulakan benda-benda baru, sebab itu perlukan duit. Jadi sesiapa yang rasa berkemampuan nak tengok rumah dan tengah cari rumah di Elmina Ferrea boleh mesej (DM) saya di Instagram untuk tengok rumah.

“Saya juga sudah lantik ejen bagi membantu menjual rumah ini. Rumah ini sudah habis buat (ubahsuai) semuanya. Ada bilik main snuker. Saya nak jual RM1.2 juta,” katanya.

Menerusi hantaran sama, Shuk menafikan dia perlukan wang untuk berkahwin baharu.

“Mana ada perlukan duit nak kahwin. Insya-Allah kalau nak kahwin lagi satu masih lagi ada duit. Yang nak faham, akan faham, yang tak nak faham tidak apa,” katanya menjawab soalan sinis warganet.

Sementara itu, usaha Harian Metro mendapatkan kenyataan daripada Shuk tidak berjaya apabila mesej dan panggilan telefon tidak berjawab.

Ini bukan kali pertama Shuk cuba mengelak daripada memberikan kerjasama sebaliknya dia selesa memilih medium media sosial untuk bersuara.

Status rumah tanga Shuk dan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Rossa Sera masih menjadi tanda tanya selepas isterinya mahu memfailkan perceraian pada November tahun lalu.

Ia selepas Shuk didakwa beberapa kali ‘kantoi’ berlaku curang dengan wanita bernama Farah Salleh.

Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossa Sera pada 2015 dan dikurniakan dua anak iaitu NurQurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2.

lihat video ini: